Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Bila Ulama Dunia Berbicara : Isu Kecil jadi Kusut ...Ummah Pening ..

Bila Ulama Dunia Berbicara : Isu Kecil jadi Kusut ...Ummah Pening .. Bila membaca respon beberapa ahli agama ( kononnya ulamak ) terhadap isu semasa terutamanya isu non muslim masuk kedalam masjid & Doa pada non-muslim terpanggil saya berkongsi satu kisah meskipun hajat dihati ingin menumpukan kearah mengejar Fadhilat di penghujung Ramadhan yang tidak terkira banyaknya. Saudara ku, Setelah Raja Monghul menwan Iraq Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyyah ( rha ) bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan. Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis meng

Apa Punca Anak Derhaka?

APA PUNCA ANAK DERHAKA ? Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.. .( itu salah... ) "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau

Kita Bertanya dan Al-Quran Menjawabnya

JANGAN MENGELUH ………… Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya…………….. KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB ‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ (’I am full of faith to Allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.’ -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB ‘Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’ - Surah Al-Baqarah ayat 216 KITA BERTANYA :KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB ‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.’ - Surah Al-Baqarah ayat 286 KITA BERTANYA : KENAPA KECEWA? QURAN MENJAWAB ‘Jgnlah kamu bersikap lemah,

Wuduk, Solat: Terapi Yg Dipinggirkan

Kita mudah memperuntukan 24 jam sehari untuk makan, berkerja, belajar, berseronok, dengan keluarga atau rakan-rakan tetapi bila tiba bab solat,kadang-kadang ia jadi susah.tidak semena-mena tulang belakang jadi liat,kaki yang lincah melompat menjadi kendur . Bersolat adalah manifestasi kehambaan yang paling tinggi sebagai kaedah berkomunikasi secara intim antara seorang hamba dan Allah s.w.t. Rencana ini selanjutnya akan membincangkan tentang kebaikan yang terkandung di dalam air wudhuk, hikmah bersujud dan solat tahajjud.Air mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia. Angin dan air adalah unsur hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga d

Hikmah Sujud Dalam Solat

Hikmah Sujud Dalam Solat Beberapa unsur positif yang bakal diperolehi sewaktu bernafas ketika sujud seperti berikut: Membentulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh Melegakan sakit hernia. (burut) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid Melegakan paru-paru daripada ketegangan. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. Meringankan bahagian pelvis. Memberi dorongan supaya mudah tidur. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari sujud. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. Mengurangkan kegemukan Pergerakan bahagi