Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Mengingati Mati

MENGINGATI MATI Oleh Ustadz Abu Isma'il Muslim Al Atsari Jika anda pernah mendengar kisah mengenai orang-orang yang hidup kekal di dunia ini, sesungguhnya itu hanya dongeng yang batil. Sebahagian orang beranggapan ada orang-orang yang hidup kekal di dunia ini, seperti Khidhir q, Dzulqarnain atau lainnya. Keyakinan seperti ini tidak dikenal dalam Islam. Kerana, tidak ada manusia yang hidup kekal di dunia ini. Kematian, sesungguhnya merupakan hakikat yang menakutkan, akan menghampiri semua manusia. Tidak ada yang mampu menolaknya. Dan tidak ada seorang pun kawan yang mampu menahannya. Kematian datang berulang-ulang, menjemput setiap orang, orang tua dan anak-anak, orang kaya mahupun orang miskin, orang kuat mahupun orang lemah. Semuanya menghadapi kematian dengan sikap yang sama, tidak ada kemampuan menghindarinya, tidak ada kekuatan, tidak ada pertolongan dari orang lain, tidak ada penolakan, dan tidak ada penangguhan. Semua itu mengisyaratkan, bahawa kematia

Ha-Hal Yang Menakutkan Di Alam Kubur

HAL-HAL YANG MENAKUTKAN DI ALAM KUBUR Oleh Ustaz Dr Ali Musri Semjam Putra, MA Apabila kita melihat nas-nas yang shahîh dari al-Qur'ân dan Sunnah serta disokong oleh pemahaman dan pandangan para Ulama dalam memahami nas-nas tersebut, maka diketahui bahawa manusia akan melalui empat alam kehidupan, iaitu: alam rahim, alam dunia, alam barzakh (kubur), alam akhirat. Semua proses kehidupan setiap alam tersebut mempunyai kekhususan masing-masing, tidak boleh disamakan antara satu dengan yang lain. Misalnya alam rahim, mungkin saja boleh diketahui sebahagian proses kehidupan di sana melalui peralatan perubatan yang canggih, tapi di balik itu semua, masih banyak keajaiban yang tidak terungkap dengan jalan bagaimana pun. Semua itu merupakan rahsia yang sengaja Allah Azza wa Jalla tutup dari ilmu dan pandangan umat manusia. Allah Azza wa Jalla telah menerangkan dalam firman-Nya yang berbunyi: وما أوتيتم من العلم إلا قليلا Tidaklah kalian diberi ilmu kecuali sedikit

Tetap Segar Dan Sihat DI Bulan Ramadhan

TETAP SEGAR DAN SIHAT DI BULAN RAMADHAN Bulan Ramadhan telah tiba. Bulan yang dimuliakan Allah Subhanahu wa Ta'ala serta banyak keutamaan daripada bulan-bulan lainnya harus kita sambut dengan semangat ibadah. Dan tentunya, kita menginginkan berpuasa dengan amalan-amalan berpahala tanpa kelesuan. Walaupun perut kosong sejak pagi hingga menjelang maghrib, jangan menjadikan aktiviti, terutama amalan ibadah di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini terlewatkan dengan sia-sia. Untuk menjaga tubuh tetap segar dan sihat saat berpuasa, beberapa perkara berikut ini perlu kita perhatikan, sehingga dapat membantu meningkatkan amalan-amalan ibadah di bulan Ramadhan. 1. Mengakhirkan Sahur. Disunnahkan menamatkan waktu makan sahur dengan masa yang tak jauh dari saat terbit fajar. Telah diriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'ahu, dari Zaid bin Tsabit Radhiyallahu' anhu, bahawasanya dia pernah berkata: "Kami pernah makan sahur bersama Nabi Shallallahu 'alaihi wa

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros

Sihat Dengan Berpuasa

SIHAT DENGAN PUASA Bulan Ramadhan yang penuh berkah menyimpan banyak manfaat bagi kaum muslimin yang menjalankan puasa ramadhan. Salah satu manfaat yang dapat diraih, ialah sehatnya badan dengan berpuasa. Banyak orang telah membuktikan, badan terasa lebih sihat dan bugar ketika menjalanan puasa, orang-orang yang sedang sakit pun tidak ketinggalan ikut merasakan manfaatnya, iaitu penyakitnya membaik dan dapat dikawal. Dengan berpuasa ternyata banyak keuntungan yang diperolehi tubuh, yang tidak didapati ketika seseorang sedang tidak menjalankan puasa. PENYAKIT DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN PUASA 1. Sakit maag. Seseorang dengan sakit maag kerana kelainan fungsi, pola makannya akan lebih teratur selama puasa Ramadhan. Pada saat sahur dan berbuka, ia akan mengelakkan snek-snek yang mengandungi coklat, keju, makanan berlemak dan berminyak; yang dalam hal ini baik bagi penyembuhan sakit maagnya. Selain mengambil makanan ringan yang kurang sihat untuk perut, selama berpuasa ju