KAUNSELING PERMASALAHAN CINTA & RUMAHTANGGA Suami wajib mencari nafkah keluarga Oleh SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN BARU-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa bilangan suami yang menjadi suri rumah tangga semakin meningkat. Ini bermakna, suami berhenti bekerja dan menjadi pengurus rumah tangga, manakala isteri meneruskan kerjayanya di luar rumah. Walaupun tiada data rasmi mengenainya, namun dipercayai bahawa semakin banyak pasangan suami isteri yang membuat keputusan seperti ini dalam usaha untuk menjayakan perkahwinan mereka. Punca utama yang menyebabkan pasangan suami isteri membuat keputusan ini ialah kerana kesukaran untuk mendapatkan kemudahan penjagaan anak yang memuaskan hati.Mengambil pembantu rumah tidak menjadi pilihan kerana mereka merasakan kehadiran pembantu ini mengganggu privasi. Menghantar anak-anak ke pusat asuhan juga dianggap tidak sesuai kerana tahap penjagaan yang kurang memuaskan hati. Maka, keluarga yang dalam keadaan ini memutuskan bahawa adalah w...
Selamat Datang