Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bismillah..Renungan Bersama..

BISMILLAH Renungan.... .......... Amalkan...... ...... Sampaikan... .......... ........ Itu satu daripada amalan yang membantu kita apabila Kita dikembalikan kepada yang Hak... Wassalam Mukjizat di sebalik BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH 1.. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.. 2.. BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi) 3.. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua Awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh bi...

Motivasi Diri

Motivasi Diri. Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan. Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati. Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri.. 1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat. 2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah. 3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti. 4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri. 5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi. 6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati. 7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya. 8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan....

Ayat Al-Quran Pada Kulit Bayi

Subhanallah.. Selamat membaca di bawah ini. DUNIA Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali. MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan. Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah. Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru. Salah...

Diet Sihat

Langsing tanpa modal besar Tidak perlu berbelanja besar, hanya cuba petua ini. Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campurkan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan yang ideal. Membuang Lemak Badan Petua 1 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba. Petua 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam pe...

Awet Muda

Awet Muda Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaAllah.. Oleh Lydiana Mohammed Banyak kan memakan Ulam-ulaman dan selalu amalkan solat malam seperti Tahjud dsb…InsyaAllah wajah berseri dan nampak muda.Tapi solat tu kenalah ikhlas… Oleh Hasmah Baharun

Tips Berhenti Merokok

Tips Berhenti Merokok 1. Melengah-lengah Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda setiap kali anda ingin merokok. 2. Menarik Nafas Panjang Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan. 3. Minum Air Dengan Banyak Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya. 4. Membuat Sesuatu Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya. 5. Menguyah Sesuatu Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakka...

Petua Jimat

Tip Penggunaan Kad Kredit Berhemah Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan melebihi pendapatan. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan berlakunya masalah hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Makin lama hutang tertunggak, makin banyak pula ‘faedah’ yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada para pengguna kad kredit. 1. Sebelum memiliki kad kredit, lebih baik anda berfikir dahulu, adakah menjadi satu kepentingan untuk anda memiliki kad kredit dan untuk apa anda memohon kad kerdit itu. Jika anda rasa tidak mampu mengawal diri daripada berbelanja berlebihan menggunakan kad kredit, elok anda batalkan sahaja niat anda untuk memohon kad kredit. Ianya lebih selamat daripada anda terpaksa menanggung beban hutang yang tidak berkesudahan. 2. Jika sudah memiliki kad kredit, ingat dan sentiasa tanam dalam diri anda agartidak boros ketika berbelanja menggunakan kad kredit. Kalau boleh, beli s...