Langkau ke kandungan utama

Menerangkan Keadaan Seseorang Bukan Termasuk Mengumpat




MENERANGKAN KEADAAN SESEORANG BUKAN TERMASUK MENGUMPAT


Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Soalan
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya: Sebahagian orang bertanya kepadaku tentang peribadi fulan. Kebetulan saya banyak tahu tentang keadaan diri si fulan yang banyak mempunyai sifat-sifat dan perbuatan tercela. Bolehkah saya menceritakan kejelekan si fulan kepada mereka? Apakah itu termasuk ghibah? Perlu diketahui bahawa orang yang bertanya kepada saya tersebut ingin mengadakan hubungan perniagaan dengannya.

Jawapan
Jika saudaramu minta nasihat (pendapat) kepadamu tentang keadaan diri seseorang kerana saudaramu bermaksud mengadakan hubungan perniagaan atau yang semisalnya, maka engkau wajib memberikan nasihat (pendapat) kepadanya apabila engkau tahu betul keadaan orang tersebut dan ini bukan termasuk ghibah kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya: Agama adalah nasihat. Para sahabat bertanya: "Untuk siapa wahai Rasulullah?.Beliau menjawab: Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam-imam kaum muslimin dan kebanyakan kaum muslimin "[HR Muslim: 82]

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Jarir bin Abdullah Al-Bajali Radhiyallahu 'anhu, bahawa Jarir Radhiyallahu' anhu berkata.

"Aku membaiat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam untuk mendirikan solat, membayar zakat dan menasihati setiap orang muslim" [HR Bukhari dan Muslim]

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya: Hak seorang muslim terhadap Muslim yang lain ada enam, iaitu: Memberi salam apabila bertemu, menghadiri apabila di undang, jika minta nasihat maka berilah nasihat, jika bersin mengucapkan 'Alhamdulillah', maka jawablah dengan 'yarkhamukallah', jika sakit di jenguk, jika meninggal maka hantarlah jenazahnya "[HR Muslim 4023]

Inilah enam perkara yang menjadi kewajipan seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim. Hak-hak dan kewajipan ini tidak terbatas hanya enam saja, sebagaimana diterangkan oleh ayat-ayat dan hadis-hadis yang jumlahnya cukup banyak. Dan diantara hak-hak tersebut adalah memberi nasihat kepada seorang Muslim apabila ia memintanya.Hadis-hadis masalah ini banyak sekali. Dan Allah adalah dzat yang berhak memberikan taufik

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros...

Hukum Mengambil Gaji Tanpa Bekerja

HUKUM MENGAMBIL GAJI TANPA BEKERJA Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Saya pekerja di suatu instansi pemerintah, kadang-kadang kami dibayar upah lembur dari kantor kami tanpa menugaskan kami dengan pekerjaan di luar jam kerja dan tanpa kehadiran kami di pejabat. Mereka menganggapnya sebagai insentif pekerja di luar jam kerja, padahal pimpinan instansimengetahui dan mengakuinya. Kami mohon penjelasan, semoga Allah memberi anda kebaikan. Adakah boleh mengambil wang tersebut? Jika tidak boleh, apa yang harus saya perbuat dengan wang-wang yang telah saya terima dahulu yang telah saya pergunakan. Smoga Allah membalas anda denan kebaikan. Jawapan Jika kenyataannya seperti yang anda sebutkan, maka itu suatu kemungkaran, tidak boleh dilakukan, bahkan merupakan pengkhianatan. Yang harus dilakukan adalah mengembalikan wang yang telah anda terima dengan cara seperti itu ke bendahara negara. Jika tidak bisa, maka hendaklah anda menye...

Hukum Menggunkan Kemudahan/Peralatan Kerajaan @ Pejabat Untuk Kepentingan Peribadi

HUKUM MENGGUNAKAN KEMUDAHAN KERAJAAN /PEJABAT UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Bagaimana hukum menggunakan kemudahan kerajaan yang kecil-kecil yang terdapat di pejabat untuk keperluan peribadi, seperti pena, sampul surat, penggaris dan sebagainya? Semoga Allah memberikan anda kebaikan Jawapan Menggunakan peralatan negara yang ada di pejabat-pejabat kerajaan untuk keperluan peribadi hukumnya haram, kerana perbuatan ini bertentangan dengan amanat yang telah diperintahkan Allah untuk dipelihara, kecuali hal-hal yang tidak merugikan, seperti penggunaan pembaris, hal seperti ini tidak berpengaruh dan tidak merugikan. Adapun menggunakan pena, kertas, mesin taip, mesin photo copy dan sejenisnya untuk keperluan-keperluan peribadi, maka hukumnya tidak boleh kerana itu semua merupakan milik kerajaan [Fatawa Lil Muwazhzhafin wal Ummal, Syaikh Ibnu Utsaimin, hal. 31-32] MENGGUNAKAN MOBIL DINAS UNTUK KEPERLUAN...