Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tidak Tegas Dalam Tugas Sebagai Pemimpin,Wajibnya Adil

TIDAK TEGAS DALAM MELAKSANAKAN TUGAS PEMIMPIN Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Adakalanya pimpinan meminta saya untuk memberikan kemudahan dalam hal-hal tertentu terhadap sebahagian hubungan atau kerabatnya. Apakah boleh saya melaksanakan itu? Padahal sebahagian hal tersebut merupakan rutin yang tidak begitu prinsipil, dan sebahagian yang lain cukup prinsipil dan berpengaruh? Jawapan Seseorang harus memperlakukan manusia dengan adil, tidak boleh mengutamakan kerabat dan temannya sendiri atau kerabat dan teman atasannya, berdasarkan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam "Ertinya: Demi Allah, seandainya Fatimah bintu Muhammad yang mencuri, pasti aku potong tangannya" [HR Al-Bukhari, kitab Al-Anbiya (3475), Muslim, kitab Al-Hudud (1688)] Maka tidak boleh mengutamakan kerabat atau teman-teman atasannya, baik peraturan prinsipil atau sekadar rutin sebagaimana disebutkan oleh penanya. Setiap peraturan yang diteta...

Menerangkan Keadaan Seseorang Bukan Termasuk Mengumpat

MENERANGKAN KEADAAN SESEORANG BUKAN TERMASUK MENGUMPAT Oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz Soalan Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya: Sebahagian orang bertanya kepadaku tentang peribadi fulan. Kebetulan saya banyak tahu tentang keadaan diri si fulan yang banyak mempunyai sifat-sifat dan perbuatan tercela. Bolehkah saya menceritakan kejelekan si fulan kepada mereka? Apakah itu termasuk ghibah? Perlu diketahui bahawa orang yang bertanya kepada saya tersebut ingin mengadakan hubungan perniagaan dengannya. Jawapan Jika saudaramu minta nasihat (pendapat) kepadamu tentang keadaan diri seseorang kerana saudaramu bermaksud mengadakan hubungan perniagaan atau yang semisalnya, maka engkau wajib memberikan nasihat (pendapat) kepadanya apabila engkau tahu betul keadaan orang tersebut dan ini bukan termasuk ghibah kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya: Agama adalah nasihat. Para sahabat bertanya: "Untuk siapa wahai Rasulullah?. Beliau me...

Menjauhi Orang-Orang Yang Suka Mengumpat

MENJAUHI ORANG-ORANG YANG SUKA MENGUMPAT Oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz Soalan Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya: Saya mempunyai seorang teman yang sering berbicara mencemarkan nama baik orang lain. Saya sering menasihatinya tapi dia tetap tidak mahu berubah. Perbuatannya itu sudah menjadi kebiasannya. Dan kadang-kadang dia melakukannya dengan alasan niatnya baik. Adakah orang-orang seperti dia boleh kita kecilkan? Jawapan Membicarakan dan mencemarkan nama baik kaum muslimin yang tidak mereka sukai adalah merupakan kemungkaran yang besar dan termasuk ghibah yang diharamkan bahkan termasuk dosa besar, berdasarkan firman Allah. "Ertinya:" Dan janganlah sebahagian kamu ghibah (mengumpat) sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang "[Al-Hujurat: 12] ...