Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

The Hell.

Islam teaches that Hell is a real place prepared by ALLAH for those who do not believe in Him, rebel against His laws, and reject His messengers. Hell is an actual place, not a mere state of mind or a spiritual entity. “Surely, the disbelievers will be in the torment of Hell to abide therein forever. (The torment) will not be lightened for them, and they will be plunged into destruction with deep regrets, sorrows and in despair therein. We wronged them not, but they were the wrongdoers. And they will cry: ‘O Malik! Let your Lord make an end of us’ He will say: ‘Surely, you shall abide forever.’ Indeed We have brought the truth to you, but most of you have a hatred for the truth” (Quran 43:74-78) “They will long to leave the Fire, but never will they leave there from; and theirs will be a lasting torment.” (Quran 5:37)

Dialog Manusia, Malaikat , Syaitan.

Manusia , Malaikat , Syaitan .. Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu. Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz Manusia - Nak makan, laparlah ? Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? . Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!! Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat. Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah? Manusia - Azan sudah kedengaran.. Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?. Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !...

Indahnya kalam ALLAH...

SURAH an-Nuur yang bererti cahaya, mengandungi 64 ayat, diturunkan di Madinah beberapa tahun selepas hijrah. Dalam surah ini terkandung ayat dan petunjuk Allah bagi manusia yang berhubung dengan hidup bermasyarakat, mahu pun berumah tangga. Semuanya, adalah cahaya yang menyinari kehidupan manusia dalam menempuh jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Allah memulakan surah ini dengan satu penegasan agak unik dan berbeza dengan surah lain. Firman-Nya bermaksud: "(Ini adalah) satu surah yang Kami turunkan dan Kami fardukan (menjalankan hukum yang ada dalam)nya, dan Kami turunkan dalamnya ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya." (Surah an-Nur, ayat 1). Secara jelas dan tegas apa yang terkandung dalam surah ini diturunkan oleh Allah dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang beriman kepadaNya dan ayatNya, supaya menerima dan melaksanakannya tanpa ragu-ragu atau berdolak dalik. Penegasan seperti ini sangat penting. Ia adalah asas kukuh dalam hati setiap Muslim agar b...

Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia

· SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..) 2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari- cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..) 3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..) 4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dir...

Hati Keras Membatu

5 TANDA HATI KERAS MEMBATU "Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut: 1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Ny...

" Isteri suka ker suami cemburu....?? "

" Isteri suka ker suami cemburu....?? " Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Baginda Rasul saw bersabda: " Ada tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga selama-lamanya: Pertama orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya, kedua suami yang dayus atau orang yang tidak memiliki rasa cemburu dan maruah diri, dan kaum wanita yang cuba menyerupai kaum lelaki." Sebahagian daripada bentuk yang patut dicemburui oleh suami adalah apabila isterinya bersolek dan berhias juga memakai wewangian tetapi digunakan untuk tujuan mempemerkan kapada khalayak ramai. Apabila isteri menghuraikan rambut, memakai pakaian yang singkat dan mededahkan aurat, lalu pergi bercampur gaul dengan kaum lelaki di dalam suatu majlis, bahkan berjabat tangan dengan kaum lelaki yang bertemu dengannya serta berbual-bual sambil membuat gerakan yang menunjukkan dia ingin diperhatikan dan sebagainya. Perbuatan isteri seperti itu wajar mendapat kecemburuan dari suaminya, dan jika tidak maka ...