Langkau ke kandungan utama

" Isteri suka ker suami cemburu....?? "


" Isteri suka ker suami cemburu....?? "

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Baginda Rasul saw bersabda: " Ada tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga selama-lamanya: Pertama orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya, kedua suami yang dayus atau orang yang tidak memiliki rasa cemburu dan maruah diri, dan kaum wanita yang cuba menyerupai kaum lelaki."

Sebahagian daripada bentuk yang patut dicemburui oleh suami adalah apabila isterinya bersolek dan berhias juga memakai wewangian tetapi digunakan untuk tujuan mempemerkan kapada khalayak ramai. Apabila isteri menghuraikan rambut, memakai pakaian yang singkat dan mededahkan aurat, lalu pergi bercampur gaul dengan kaum lelaki di dalam suatu majlis, bahkan berjabat tangan dengan kaum lelaki yang bertemu dengannya serta berbual-bual sambil membuat gerakan yang menunjukkan dia ingin diperhatikan dan sebagainya. Perbuatan isteri seperti itu wajar mendapat kecemburuan dari suaminya, dan jika tidak maka lelaki tersebut adalah dayus.

Sesungguhnya sifat dan perbuatan isteri seperti itu sudah tentu akan menjadi racun berbisa terhadap masyarakat dan kehidupan. Sedangkan isteri tersebut mlah suaminy sendiri akan tetap memperolehi siksa daripada Allah swt kelak pada hari kiamat. Kita berlindung kepada Allah swt daripada perbuatan yang terkutuk itu.

Sekarang kita ingin tahu sejauh manakah batas-batas kecemburuan yang dibenarkan oleh agama itu. Untuk mengetahui batas-batas kecemburuan yang positif tersebut ialah apabila perbuatan itu boleh menghindari daripada berlakunya perbalahan dan kekecohan dalam rumahtangga. Dengan kata lain, kecemburuan yang baik iti ialah kecemburuan yang berakibat untuk mengekalkan kedamaian serta kerukunan hidup suami isteri.

Diriwayatkan daripada Jabar bin Anbarah r.a, katanya: Baginda Rasul saw bersabda: " Sesungguhnya sebahagian daripada sifat cemburu itu disukai oleh Allah dan sebahgian pula dimurkai oleh Allah. Adapun kecemburuan yang disukai oleh Allah ialah kecemburuan dalam soal keraguan, sedangkan cemburu yang di benci oleh Allah ialah kecemburuan tanpa keraguan."

Demikianlah batas-batas yang harus diketahui oleh para suami tentang kecemburuan, maka apabila kecemburuan tersebut sudah berlebih-lebihan maka itu bukan lagi mendatangkan kemasalahan kepada suami isteri berkenaan. Manakala kecemburuan dibenarkan oleh Islam dan mendatangkan kebaikan kepada hubungan suami isteri ialah apabila sebab-sebabnya jelas dan buktinya jelas. Sebagai contoh, apabila lelaki lain cuba menggoda isteri dan mempermainkannya atau sebaliknya isterinya melakukan yang demikian, maka suami hendaklah mencemburui perbuatan tersebut.

Bergurau senda yang terjadi diantara isteri dan lelaki lain lebih-lebih lagi kalimat-kalimat yang mereka ucapkan seakan-akan mengisyaratkan kepada perbuatan yang buruk, ataupun dengan cara melakukan hal-hal yang menimbulkan kesan lucah, maka hal tersebut wajib dicemburui olah suami.

Adalah lebih tercela lagi apabila isteri yang memulai perbuatan terkutuk tersebut, yakni memancing dan mencuba mengambil perhatian lelaki lain dengan tindakan-tindakan tertentu seperti senyum yang menunjukkan isyarat yang tidak diredahi oleh agama.

Adapun kecemburuan yang tercela dan tidak dibenarkan ialah kecemburuan yang berdasarkan dari sangkaan-sangkaan semata-mata. Contohnya ialah kecemburuan yang berlebih-lebihan untuk menafsirkan kata-kata, pergerakan, bersikap diam, cara bercakap, bahkan berbisik. Dan tanda cemburu yang tercela ialah cemburu yang menyebabkan isteri tertegah daripada beroleh kebaikan atau cemburu yang mendatangkan kerosakkan dan pertelingkahan kerana akan mengakibatkan berlakunya salah faham antara suami isteri.

Berikut ini beberapa contoh yang boleh digolongkan ke dalam cemburu yang berlebih-lebihan:

1. Apabila suami melarang isterinya yang taat beragama pergi menghadiri majlis ilmu semata-mata kerana rasa cemburu suami.

2. Apabila suami melarang isterinya yang bertakwa kepada Allah yang mengetahui serta mengamalkan adab bercakap untuk bercakap dengan orang lain kerana semata-mata cemburu.

3. Apabila suami memberi hukuman yang berat keatas isterinya hanya kerana lelaki lain memandang wajahnya sama ada dengan sengaja atau pun tidak.

4. Apabila suami melarang isterinya untuk berubat kepada doktor lelaki kerana doktor wanita tidak ada di tempat itu dengan alasan takut bahawa aurat isterinya akan terdedah, begitu juga suami yang melarang isterinya bersalin pada doktor-doktor lelaki kerana tidak ada doktor wanita juga dengan alasan ditakuti auratnya akan terdedah.

Maka jelaslah bahawa kecemburuan yang amat berlebihan seperti itu perlu dikaji semula dan atas dasar hukum yang sudah ditetapkan oleh syarak. Sesungguhnya kecemburuan seperti itu tidaklah termasuk kecemburuan yang dibenarkan oleh agama. Maka para suami tidak seharusnya melanggar ketentuan agama atas nama agama sedangkan agama sendiri tidaklah ada sangkut pautnya dengan persoalan yang cuba dipertahankan oleh suami tersebut.

Perhatian:
Kaum wanita pada zaman baginda Rasul saw dahulu juga zaman sahabat Nabi sudah menjadi kebiasaan menghadiri majlis ilmu yang dihadiri kaum lelaki, tetapi mereka memakai jilbab serta mengamalkan adab-adab bercakap.

Pada waktu itu sahabat lelaki dan sahabat wanita juga para Ummul Muukminin megemukakan pertanyaan kepada Nabi saw secara silih berganti, tetapi mereka tetap memelihara adab-adab bercakap.

Bercakap soal cemburu ini memang sukar bagi kita untuk menetapkan batas-batasnya, yakni sejauh mana cemburu yang dibenarkan dan sejauh mana pula cemburu yang dilarang. Maka untuk mengetahui batas-batas tersebut tidak lain kecuali kita kembali kepada agama dan ajaran-ajarannya.

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa sesungguhnya rasa cemburu yang positif jika ditempatkan menurut yang sewajarnya tentu ia akan menambahkan perasaan cinta kasih diantara suami isteri yang hidup dalam rumahtangga bahagia itu. Sebaliknya jika perasaan cemburu dibiarkan secara membuta tuli dan mengikut dorongan hawa nafsu maka akibatnya akan merenggangkan hubungan suami isteri, malah boleh menghancurkan sebuah rumahtangga.

p\s: Jika masih ada pembaca yang masih musykil dengan apa yang telah diperjelaskan tadi, bolehlah bertanyakan dengan lebih lanjutnya pada mereka-mereka yang selayaknya.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros...

Hukum Mengambil Gaji Tanpa Bekerja

HUKUM MENGAMBIL GAJI TANPA BEKERJA Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Saya pekerja di suatu instansi pemerintah, kadang-kadang kami dibayar upah lembur dari kantor kami tanpa menugaskan kami dengan pekerjaan di luar jam kerja dan tanpa kehadiran kami di pejabat. Mereka menganggapnya sebagai insentif pekerja di luar jam kerja, padahal pimpinan instansimengetahui dan mengakuinya. Kami mohon penjelasan, semoga Allah memberi anda kebaikan. Adakah boleh mengambil wang tersebut? Jika tidak boleh, apa yang harus saya perbuat dengan wang-wang yang telah saya terima dahulu yang telah saya pergunakan. Smoga Allah membalas anda denan kebaikan. Jawapan Jika kenyataannya seperti yang anda sebutkan, maka itu suatu kemungkaran, tidak boleh dilakukan, bahkan merupakan pengkhianatan. Yang harus dilakukan adalah mengembalikan wang yang telah anda terima dengan cara seperti itu ke bendahara negara. Jika tidak bisa, maka hendaklah anda menye...

Perceraian dan Perpisahan

  Perceraian dan Perpisahan Pengenalan Perceraian adalah jalan atau langkah terakhir yang diambil oleh sebuah pasangan dalam menamatkan ikatan yang terjalin iaitu ikatan perkahwinan. Perceraian atau perpisahan adalah fenomena yang boleh berlaku tanpa diduga. Ia boleh terjadi tanpa mengira berapa lama tempoh sesebuah perkahwinan itu terjalin. Tempoh 3 tahun di awal perkahwinan adalah satu tempoh yang kritikal di mana pasangan belajar memahami dan menerima kelemahan dan kekurangan pasangan mereka. Statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2010 menunjukkan setiap tahun perceraian berlaku di antara 2,700 hingga 3,700 kes. Definisi Perceraian bermakna memutuskan pertalian di dalam perkahwinan. Ia juga bermaksud membuka atau melepaskan ikatan perkahwinan. Dalam istilah agama, ia bermaksud talak atau cerai. Kehidupan moden hari ini banyak menjuruskan pasangan ke lembah perceraian. Dalam konteks Agama Islam perceraian amat dibenci oleh ALLAH SWT. Walau bagaimanapun seandainya perkah...