Langkau ke kandungan utama

Hukum Mengambil Gaji Tanpa Bekerja






HUKUM MENGAMBIL GAJI TANPA BEKERJA

Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin

Soalan
Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Saya pekerja di suatu instansi pemerintah, kadang-kadang kami dibayar upah lembur dari kantor kami tanpa menugaskan kami dengan pekerjaan di luar jam kerja dan tanpa kehadiran kami di pejabat. Mereka menganggapnya sebagai insentif pekerja di luar jam kerja, padahal pimpinan instansimengetahui dan mengakuinya. Kami mohon penjelasan, semoga Allah memberi anda kebaikan. Adakah boleh mengambil wang tersebut? Jika tidak boleh, apa yang harus saya perbuat dengan wang-wang yang telah saya terima dahulu yang telah saya pergunakan. Smoga Allah membalas anda denan kebaikan.

Jawapan
Jika kenyataannya seperti yang anda sebutkan, maka itu suatu kemungkaran, tidak boleh dilakukan, bahkan merupakan pengkhianatan. Yang harus dilakukan adalah mengembalikan wang yang telah anda terima dengan cara seperti itu ke bendahara negara. Jika tidak bisa, maka hendaklah anda menyedekahkannya kepada kaum muslimin yang fakir atau projek-projek kebaikan dan bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang disertai dengan tekad yang jujur ​​untuk tidak mengulanginya, kerana seorang muslim tidak boleh mengambil sedikit pun dari baitul mal kaum muslimin kecuali dengan cara yang dibenarkan syari'at yang telah diketahui dan diakui negara. Hanya Allah lah sumber segala petunjuk

[Fatawa Lil Muwazhzhafin wal Ummal, Syaikh Ibnu Utsaimin, hal. 15]

MENERIMA UPAH TANPA BEKERJA ADALAH KHIANAT

Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Soalan
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya: Saya pekerja sebuah instansi pemerintah.Instansi ini menugaskan para pekerjanya dengan pekerjaan di luar jam kerja, iaitu pada petang hari Khamis dan Jumaat. Tapi tidak ada seorangpun yang datang di antara yang diberi tugas itu. Setelah Allah memberi hidayah pada saya, saya meminta manager perjawatan untuk mengawasi para pekerja saat bekerja dan agar tidak menugaskan lagi lembur. Tapi ia tidak mahu mendengar saya, kerana ia juga termasuk yang dipertanggungjawabkan lembur bersama kami, tapi tidak datang. Saya juga telah meminta untuk mencoret nama saya dari senarai penugasan walaupun saya diperlukan. Jika saya tidak mengambil wang tersebut, maka akan diambil oleh orang lain dengan cara tertentu.Bagaimana solusinya. Tolong beritahu, semoga Allah membalas anda dengan kebaikan.

Jawapan
Ini tidak boleh. Ini merupakan pengkhianatan yang dilakukan oleh atasan dan para bawahannya. Menerima gaji tanpa bekerja adalah khianat. Jika orang-orang khianat, janganlah anda termasuk mereka dan jangan termasuk orang-orang yang khianat. Semoga Allah memberi kita keselamatn dan kesejahteraan.

[Fatawa Lil Muwazhzhafin wal Ummal, Syaikh Ibnu Baz, hal. 5-56]

HUKUM MENERIMA WANG TANPA BEKERJA

Oleh
Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin

Soalan
Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin ditanya: Di sebuah syarikat masih tersisa anggaran cukup besar yang dibayar kepada para pekerjanya dengan alasan bahawa itu intensif lembur rasmi. Para pekerja menandatangani dan menerimanya secara bergantian setiap tahun, padahal sebenarnya mereka tidak bekerja di luar jam kerja. Bolehkah mengambil wang tersebut?

Jawapan
Hendaknya para manager di lembaga itu tidak bermain-main dengan wang-wang tersebut dan hendaklah mereka mengembalikan sisa anggaran ke bendahara, kerana wang tersebut diproyeksikan untuk pos-pos tertentu, jika pos-pos tersebut tidak menggunakannya, maka tidak boleh mereka memberikannya kepada yang tidak bekerja, tapi seharusnya mereka mengembalikannya, walaupun anggaran itu tidak keluar lagi tahun berikutnya atau tahun-tahun yang lain. Demikian itu kerana mereka telah dipercaya untuk hal tersebut. Orang yang diberi amanat (dipercaya) harus menunaikan amanah yang diamanahkan kepadanya.Jika mereka memang perlu bekerja lebih masa, hendaklah mereka melakukan lalu dibayar sesuai haknya.

Adapun para pekerjanya, jika instansi tersebut memang menetapkan peraturan seperti itu dan membayar kepada mereka, maka mereka boleh mengambilnya, sesuai dengan riwayat yang tersebut dalam hadis, dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, bahawa beliau berkata kepada Umar Radhiyallahu' anhu.

"Ertinya: Apa yang datang kepadamu dari harta ini yang mana engkau tidak mengharapnya dan tidak memintanya, maka ambillah itu. Adapun yang tidak datang kepadamu, maka janganlah engkau sertakan dirimu padanya "[HR Muslim, kitab Az-Zakah (1045)

[Fatawa Lil Muwahzzhafin wal Umal, Syaikh Ibnu Jibrin, hal.52-53]

[Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syar'iyyah Fi Al-Masa'il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram,Fatwa-Fatwa Terkini, Penerjemah Musthofa Aini Lc, Penerbit Darul Haq]

Ulasan

  1. bagaimana jika seseorang menteri yg dibayar gaji di atas jawatan yg disandang tetapi jawatannya tidak ada fungsi langsung. wajarkah dia menerima gaji tersebut dan apakah hukumnya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros...

Perceraian dan Perpisahan

  Perceraian dan Perpisahan Pengenalan Perceraian adalah jalan atau langkah terakhir yang diambil oleh sebuah pasangan dalam menamatkan ikatan yang terjalin iaitu ikatan perkahwinan. Perceraian atau perpisahan adalah fenomena yang boleh berlaku tanpa diduga. Ia boleh terjadi tanpa mengira berapa lama tempoh sesebuah perkahwinan itu terjalin. Tempoh 3 tahun di awal perkahwinan adalah satu tempoh yang kritikal di mana pasangan belajar memahami dan menerima kelemahan dan kekurangan pasangan mereka. Statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2010 menunjukkan setiap tahun perceraian berlaku di antara 2,700 hingga 3,700 kes. Definisi Perceraian bermakna memutuskan pertalian di dalam perkahwinan. Ia juga bermaksud membuka atau melepaskan ikatan perkahwinan. Dalam istilah agama, ia bermaksud talak atau cerai. Kehidupan moden hari ini banyak menjuruskan pasangan ke lembah perceraian. Dalam konteks Agama Islam perceraian amat dibenci oleh ALLAH SWT. Walau bagaimanapun seandainya perkah...