Langkau ke kandungan utama

Semangat Bekerja..




Muslim diperintah jana semangat rajin bekerja
Oleh Mohd Shukri Hanapi


TIADA seorang pun yang menafikan bahawa setiap orang mahu bekerja atau mendapatkan pekerjaan untuk menjamin kehidupan dan keluarganya. Namun, ada segelintir pekerja dalam masyarakat Islam hari ini, mempunyai persepsi agak berbeza terhadap kerja.

Bagi mereka, kerja adalah perkara yang dilakukan secara spontan setiap hari atau sebagai satu amalan rutin yang tidak membabitkan perancangan, etika dan peningkatan mutu.Mereka bekerja sambil lewa dan sesuka hati saja, malah hanya dibuat seperti disebut dalam pepatah Melayu, “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.” Ada juga tidak mengambil berat mengenai pekerjaan, tetapi hanya memperbanyakkan ibadat kepada Allah kerana hanya inginkan keuntungan akhirat tanpa mempedulikan hal dunia.


Apakah mereka tidak sedar bahawa bekerja itu adalah ibadat yang dijanjikan ganjaran pahala di dunia dan di akhirat? Bekerja adalah perkara yang sangat dituntut Allah untuk membolehkan umat manusia memakan rezeki kurniaan-Nya dan secara tidak langsung memakmurkan bumi.


Hal itu bertepatan dengan konsep penciptaan manusia itu sendiri sebagai khalifah di muka bumi.Allah berfirman yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya.” – (Surah al-Mulk, ayat 15) Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagi kamu selain-Nya.


Dia menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan memerintahkan kamu supaya memakmurkannya.” – (Surah Hud, ayat 61) Berdasarkan ayat itu, kerja adalah tugas yang tidak dapat dielakkan dan tanggungjawab agama. Malah sebarang usaha mencari rezeki yang halal adalah fardu ain. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Mencari sesuatu yang halal adalah satu fardu sesudah menunaikan fardu (sebelumnya).”Allah mengurniakan kekuatan rohani dan jasmani kepada umat manusia. Salah satu tujuannya untuk membolehkan mereka bekerja mencari rezeki yang halal.


Oleh itu, kita hendaklah berusaha dan kuat bekerja sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah.Adapun bagi orang yang hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan sebarang pekerjaan pula, mereka itu samalah seperti pesakit yang mengharapkan sembuh tetapi tidak mahu mengikut nasihat doktor.


Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai manusia, sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (ketika engkau) kembali kepada Tuhan-mu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya).” – (Surah al-Insyiqaq, ayat 6)


Dalam firman Allah itu ada tiga perkara yang berkait rapat dengan kerja iaitu:
· Allah mengajar dan menjana semangat manusia supaya kuat bekerja.
· Allah menggesa manusia rajin berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dengan mengikut ajaran yang betul dan diredai-Nya.
· Allah menggesa umat manusia bekerja untuk membolehkan mereka mengecapi kebahagiaan, sama ada di dunia dan akhirat.Oleh itu, setiap pekerjaan yang dilakukan manusia mestilah mencerminkan tiga perkara itu.


Adapun perbuatan mencuri, merompak, memeras ugut, menipu, skim cepat kaya mempunyai unsur kezaliman dan penganiayaan yang jelas tidak diredai Allah.Bagi tujuan membawa umat kepada pembangunan yang pesat maka kaedah bekerja yang sihat hendaklah sentiasa diikuti. Kadangkala akibat terdorong perasaan tamak dan haloba ingin cepat menjadi kaya, seseorang itu tidak memikirkan kaedah bekerja yang dianjurkan Islam.


Mereka sanggup melaburkan beribu-ribu ringgit menerusi skim cepat kaya, pelaburan internet yang dipenuhi unsur-unsur riba, menipu, merompak dan sebagainya. Sesuatu pekerjaan yang dilakukan tidak akan terlepas daripada kesukaran dan kesulitan.


Namun, ia bukan alasan untuk kita membiarkan masa kosong tidak diisi dengan sebarang pekerjaan, tetapi sebaliknya harus diingat bahawa bersama kesukaran atau kesulitan itu ada kesenangan.


Perlu diingatkan juga, Allah menciptakan waktu di tempatnya yang tinggi sehingga manusia dikatakan-Nya rugi jika tidak memanfaatkan waktu.Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian apabila engkau selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguh engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain) dan kepada Tuhanmu saja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).” – (Surah al-Insyirah, ayat 7-8)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros...

Hukum Mengambil Gaji Tanpa Bekerja

HUKUM MENGAMBIL GAJI TANPA BEKERJA Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Saya pekerja di suatu instansi pemerintah, kadang-kadang kami dibayar upah lembur dari kantor kami tanpa menugaskan kami dengan pekerjaan di luar jam kerja dan tanpa kehadiran kami di pejabat. Mereka menganggapnya sebagai insentif pekerja di luar jam kerja, padahal pimpinan instansimengetahui dan mengakuinya. Kami mohon penjelasan, semoga Allah memberi anda kebaikan. Adakah boleh mengambil wang tersebut? Jika tidak boleh, apa yang harus saya perbuat dengan wang-wang yang telah saya terima dahulu yang telah saya pergunakan. Smoga Allah membalas anda denan kebaikan. Jawapan Jika kenyataannya seperti yang anda sebutkan, maka itu suatu kemungkaran, tidak boleh dilakukan, bahkan merupakan pengkhianatan. Yang harus dilakukan adalah mengembalikan wang yang telah anda terima dengan cara seperti itu ke bendahara negara. Jika tidak bisa, maka hendaklah anda menye...

Perceraian dan Perpisahan

  Perceraian dan Perpisahan Pengenalan Perceraian adalah jalan atau langkah terakhir yang diambil oleh sebuah pasangan dalam menamatkan ikatan yang terjalin iaitu ikatan perkahwinan. Perceraian atau perpisahan adalah fenomena yang boleh berlaku tanpa diduga. Ia boleh terjadi tanpa mengira berapa lama tempoh sesebuah perkahwinan itu terjalin. Tempoh 3 tahun di awal perkahwinan adalah satu tempoh yang kritikal di mana pasangan belajar memahami dan menerima kelemahan dan kekurangan pasangan mereka. Statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2010 menunjukkan setiap tahun perceraian berlaku di antara 2,700 hingga 3,700 kes. Definisi Perceraian bermakna memutuskan pertalian di dalam perkahwinan. Ia juga bermaksud membuka atau melepaskan ikatan perkahwinan. Dalam istilah agama, ia bermaksud talak atau cerai. Kehidupan moden hari ini banyak menjuruskan pasangan ke lembah perceraian. Dalam konteks Agama Islam perceraian amat dibenci oleh ALLAH SWT. Walau bagaimanapun seandainya perkah...