Langkau ke kandungan utama

Buat Kerja Kerana Allah



Buat Kerja Kerana Allah


Buat Kerja Kerana Allah …..

Jangan diungkit walau sezarah

Hati tidak berasa gundah

Perasaan tidak mudah marah

Segala urusan menjadi mudah

Kerja tidak menjadi susah

Tenaga tidak menjadi payah

Fikiran tidak keluh kesah



Buat Kerja Kerana Allah …..

Terlari niat membawa padah

Hati hendaklah sentiasa di lembah

Letakkan diri dipaling bawah

Menyimpan ujub adalah barah

Halatuju menjadi terarah

Ketaatan tidak di tarah-tarah

Komitmen bersama mudah di kerah



Buat Kerja Kerana Allah …..

Bakti hendaklah sentiasa di curah

Segala pujian dianggap dadah

Keaiban diri harap di dedah

Mimpikan pangkat mengundang parah

Segala keputusan adalah musyawarah

Segala kesusahan di lihat riadah

Segala kelebihan adalah anugerah



Buat Kerja Kerana Allah …..

Rezeki subahat haram menjadi darah

Hak orang jangan di jarah

Kuasa makhluk tidak disembah

Musuh tidak mudah mengacah

Kawan jangan dijadikan amah

Maksiat jangan dibiar bernanah

Punca masalah hendaklah dirajah

Perbualan jangan ditambah perencah



Buat Kerja Kerana Allah …..

Jangan takut turun kelembah

Bisikan hendaklah selalu dilapah

Harapan kawan bersama dicecah

Kelebihan kawan jadikan madrasah

Hal yang kecil jangan direnyah

Prinsip jangan mudah goyah

Kelemahan kawan jangan digeledah



Buat Kerja Kerana Allah …..

Pasti tahu membezakan antah

Rahsia disimpan bukan dimuntah

Mendoakan kawan menjadi lumrah

Amalan kebaikan bercambah-cambah

Syaitan pasti gagal meludah

Pintu syak ditutup dengan mas merah

Kepada nafsu jangan mengalah



Buat Kerja Kerana Allah …..

Jangan sekali terasa culah

Jauhkan tamak utamakan barakah

Keazaman jangan dibiar lelah

Diri jangan dibiar berkelah

Perut jangan makanan berkolah

Ilmu hendaklah sentiasa bersekolah

Ibadah biar tinggi menggalah

Kepuasan jangan dibiar sudah

Semangat biar sehebat Handzalah



Buatlah Kerja Kerana Allah …..

Kerja bukanlah main redah

Diri tidak menadah-nadah

Tiada bezanya yang punya ijazah

Alhamdulillah dibibir sentiasa basah

Zikir dihati sentiasa menerjah

Setiap waktu ditikar sejadah


Buat Kerja Kerana Allah …..

Dengan kawan sentiasa berhemah

Pada yang dengki jangan disumpah

Kelemahan kawan jangan dilihat sampah

Jangan juga dianggap masalah

Usahakan kebaikan sentiasa bertambah

Supaya yang gelap dapat di cerah



Buat Kerja Kerana Allah …..

Pendapat orang jangan disanggah

Pendapat sendiri jangan terasa gah

Kekurangan kawan jangan disesah

Perkataan baik sentiasa dimadah

Keharmonian persahabatan sentiasa di asah

Jangan membuat sahabat resah

Rezeki dikumpul untuk ke Mekah

Bukannya untuk bermegah-megah

Latihlah diri menjadi tabah

Maruah jangan dibiar murah



Buat Kerja Kerana Allah …..

Segala perlakuan menjadi ibadah

Segala penyelewengan terasa bersalah

Rasakan kerja semuanya indah

Hendaklah sentiasa bermujahadah

Hindarkan segala sifat mazmumah

Himpunkan segala sifat mahmudah

Persahabatan jangan dipecah-pecah

Tiada yang mustahil semuanya munasabah

Orang jangan di acah-acah

Ehwal kawan sentiasalah jengah

Segala bantuan jangan dilengah

Moga semuanya mendapat inayah Agar terbuka pintu hidayah

Terlindung dari segala jenayah

Ingatlah selalu pesan Abah

Ingatlah pula pesan Rasulullah

Hanya pada Allah kita berserah ….

InsyaAllah .


Amin ya Rabbal ' Alamin...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros...

Hukum Mengambil Gaji Tanpa Bekerja

HUKUM MENGAMBIL GAJI TANPA BEKERJA Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Saya pekerja di suatu instansi pemerintah, kadang-kadang kami dibayar upah lembur dari kantor kami tanpa menugaskan kami dengan pekerjaan di luar jam kerja dan tanpa kehadiran kami di pejabat. Mereka menganggapnya sebagai insentif pekerja di luar jam kerja, padahal pimpinan instansimengetahui dan mengakuinya. Kami mohon penjelasan, semoga Allah memberi anda kebaikan. Adakah boleh mengambil wang tersebut? Jika tidak boleh, apa yang harus saya perbuat dengan wang-wang yang telah saya terima dahulu yang telah saya pergunakan. Smoga Allah membalas anda denan kebaikan. Jawapan Jika kenyataannya seperti yang anda sebutkan, maka itu suatu kemungkaran, tidak boleh dilakukan, bahkan merupakan pengkhianatan. Yang harus dilakukan adalah mengembalikan wang yang telah anda terima dengan cara seperti itu ke bendahara negara. Jika tidak bisa, maka hendaklah anda menye...

Perceraian dan Perpisahan

  Perceraian dan Perpisahan Pengenalan Perceraian adalah jalan atau langkah terakhir yang diambil oleh sebuah pasangan dalam menamatkan ikatan yang terjalin iaitu ikatan perkahwinan. Perceraian atau perpisahan adalah fenomena yang boleh berlaku tanpa diduga. Ia boleh terjadi tanpa mengira berapa lama tempoh sesebuah perkahwinan itu terjalin. Tempoh 3 tahun di awal perkahwinan adalah satu tempoh yang kritikal di mana pasangan belajar memahami dan menerima kelemahan dan kekurangan pasangan mereka. Statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2010 menunjukkan setiap tahun perceraian berlaku di antara 2,700 hingga 3,700 kes. Definisi Perceraian bermakna memutuskan pertalian di dalam perkahwinan. Ia juga bermaksud membuka atau melepaskan ikatan perkahwinan. Dalam istilah agama, ia bermaksud talak atau cerai. Kehidupan moden hari ini banyak menjuruskan pasangan ke lembah perceraian. Dalam konteks Agama Islam perceraian amat dibenci oleh ALLAH SWT. Walau bagaimanapun seandainya perkah...