Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Bersangka Baik Sesama Insan..

Bersangka Baik Sesama Insan.. Author: Dilan Posted under: Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk Orang beribadah disangka riak Orang yang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang makan banyak disangka pelahap Orang makan sikit disangka kedekut Orang baik disangka buruk Orang buruk disangka baik Orang senyum disangka mengejek Orang masam disangka merajuk Orang bermuzakarah disangka mengumpat Orang diam disangka sombong Orang menawan disangka pakai susuk Orang nampak ceria disangka membela mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan ap...

Komunikasi Dalam Rumahtangga

Komunikasi Dalam Rumahtangga Salah satu perkara yang terpenting dalam membina dan seterusnya mengekalkan rumahtangga di atas landasan yang bahagia, dan lebih penting lagi di atas jalan hidup Islami adalah aspek perhubungan suami isteri. Rumahtangga Islam, sepertimana yang telah dijelaskan dalam rencana yang sebelum ini , mempunyai ciri-ciri khususnya. Di antara ciri-ciri ini... Jika kita merenung sejenak kepada firman Allah SWT di dalam Surah ar Rahman ayat 4: “mengajarnya pandai berbicara...” Salah satu terjemahan kepada makna al bayan ialah seni berkomunikasi dan ini merupakan salah satu nikmat yang besar yang dianugerahkan kepada kita. Komunikasi adalah satu usaha untuk seseorang itu dikenali dan difahami. Sekiranya melalui komunikasi yang berkesan seorang itu dapat dikenali besar kemungkinan akan dihormati dan dikasihi. Aspek komunikasi dalam keluarga adalah penting kerana kita mahu dikenali dan difahami oleh mereka yang sangat rapat dan akrab dengan kita. Sebenarny...

Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya. 'Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam. 'Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kera...

Hati Sensitif

Abah dan mama sering menasihatkan Hzammaz, perkahwinan kami ibarat seperti "Baby" sering ngantuk dan tidur, lantas bangun dan menagis bila lapar.. Ucapan dan nasihat itu kerap kami bincangkan bersama. Alhamdulillah kami saling berbincang mencari sinar kesempurnaan dan melayari bahtera rumahtangga. Hzammaz kini sedang tercari-cari akan kekuatan. kami yakin, semua manusia mencari kekuatan. Tetapi, persoalannya, walaupun kita tahu sumber kekuatan kita adalah ALLAH, tetapi tubuh kita agak berat untuk bangun mendekatinya. Akhirnya, malas akan menerjah, lemah akan datang menjengah. "Baby" abah dan mama ni perlukan bimbingan mama dan abah sentiasa.. nasihatlah kami, bimbinglah kami untuk berjaya melayari kehidupan berumahtangga kekal sehingga ke akhir hayat... hingga kekal disyurga.. Saat-saat ini, adalah saat-saat yang sukar. Biasanya, ramai insan bila melalui fasa ini dia akan tumbang dan jatuh tanpa bangkit kembali. Saat-saat ini ibarat avalanche yang turun dari gunun...

Sendi Kekuatan Melawan Bisikan Syaitan (Kuasai Dirimu Dengan IMAN)

Sendi-sendi Kekuatan D alam Memerangi Bisikan Syaitan & Nafsu. 1. Hati Hati akan menjadi benteng yang kuat dalam memerangi nafsu se kiranya hati itu hidup, lembut, bersih, cekal dan selalu mengingati pesanan Sayidina Ali yang berbunyi: “ Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala mempunyai bejana di atas buminya iaitu hati-hati … maka hati yang paling disukai oleh Allah Subhanahuwata’ala ialah hati yang lembut, bersih dan cekal. Kemudian Sayidina Ali mentafsirkan (kalimah kalimah tersebut dengan) katanya: Cekal dalam pegangan agama, bersih di dalam keyakinan dan lembut terhadap saudara-saudara mukmin”. Sayidina Ali juga berkata: “Hati seorang mukmin itu bersih, terdapat padanya pelita yang bercahaya. Hati seorang kafir itu hitam serta berpenyakit”. Al-Quran Al-Karim memberi gambaran tentang hati orang-orang mukmin menerusi firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertamba...