Langkau ke kandungan utama

Komunikasi Dalam Rumahtangga


Komunikasi Dalam Rumahtangga

Salah satu perkara yang terpenting dalam membina dan seterusnya mengekalkan rumahtangga di atas landasan yang bahagia, dan lebih penting lagi di atas jalan hidup Islami adalah aspek perhubungan suami isteri. Rumahtangga Islam, sepertimana yang telah dijelaskan dalam rencana yang sebelum ini , mempunyai ciri-ciri khususnya. Di antara ciri-ciri ini...

Jika kita merenung sejenak kepada firman Allah SWT di dalam Surah ar Rahman ayat 4:

“mengajarnya pandai berbicara...”

Salah satu terjemahan kepada makna al bayan ialah seni berkomunikasi dan ini merupakan salah satu nikmat yang besar yang dianugerahkan kepada kita. Komunikasi adalah satu usaha untuk seseorang itu dikenali dan difahami. Sekiranya melalui komunikasi yang berkesan seorang itu dapat dikenali besar kemungkinan akan dihormati dan dikasihi. Aspek komunikasi dalam keluarga adalah penting kerana kita mahu dikenali dan difahami oleh mereka yang sangat rapat dan akrab dengan kita.

Sebenarnya banyak masalah rumahtangga berpunca dari komunikasi yang kurang berkesan, yang banyak menimbulkan salah faham dan ketegangan. Proses berkomunikasi ini melibatkan perkongsian buah fikiran, pandangan dan perasaan dengan orang lain dengan jujur dan ikhlas.

Contoh teladan yang terbaik untuk kita dalam hal ini tidak lain dari yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Baginda memperlihatkan kemampuan komunikasi yang sangat berkesan dalam semua ketika, sama ada dalam mendidik keluarga, sahabat-sahabat mahupun dalam keadaan berhadapan dengan mereka yang memusuhi daƒ­wahnya. Di dalam al Qur’an Surah al Ahzab ayat 70 terdapat arahan Allah SWT, yang bermaksud:

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan berkata-katalah dengan kata-kata yang tepat”

Komunikasi yang utama di dalam rumahtangga

Kita sama-sama memahami rumahtangga yang dibina di atas asas Islam sudah pasti jauh berbeza dari rumahtangga yang lain. Tumpuan kita berkomunikasi adalah untuk memastikan supaya kehidupan kita tidak kegelincir dari landasan syaraƒ­ dan jatuh kepada kemerosotan akhlak. Di dalam al Qur’an telah disebutkan juga bahawa kita dituntut untuk berpesan-pesan kepada kebenaran; kepada kesabaran dan kepada kasih sayang. Kita berkomunikasi dalam berbagai bentuk tetapi kesemuanya menjurus ke arah ubudiyyah kepada Allah SWT sahaja. Bicara atau tuturkata mukmin sepatutnya mempunyai ramuan yang bersifat rabbaniah yang terbit dari ketulusan hati dan kejernihan jiwa yang terikat dengan Allah SWT dan berkomunikasi pula dalam mengajak hati yang mendengar untuk menerima kebenaran yang membawa kepada makrifah dan ubudiyyah.

Walaupun komunikasi dalam rumahtangga merangkumi komunikasi yang luas antara suami dengan isteri, ibu bapa dengan anak dan berhubungkait dengan segala aspek kehidupan, tetapi komunikasi di dalam rumahtangga Islam tidak terkeluar dari unsur-unsur rabbaniyyah, sama ada kandungan komunikasi mahupun cara atau perlaksanaan komunikasi.

Ta`aruf dan kasih sayang: rahsia komunikasi yang berkesan

Keberkesanan komunikasi dalam rumahtangga secara khususnya banyak bergantung kepada sedalam mana perhubungan kita. Kita perlu berusaha untuk menyelami perasaan serta isi hati pasangan kita supaya dapat diwujudkan komunikasi yang membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan.

Pentingnya memberitahu hajat-hajat dalam rumahtangga

Walaupun kita mungkin telah berumahtangga beberapa tahun tetapi kita masih merasai bahawa kita tidak mengetahui pengharapan dan hajat pasangan kita. Matlamat-matlamat khusus dalam kehidupan, cara-cara layanan yang dihajati dan diharapkan perlu difahami dengan jelas oleh suami mahupun isteri supaya dapat dipertingkatkan perhubungan dan dikukuhkan tali kasih. Perkara-perkara ini walaupun telah diberitahu secara tersirat tetapi saya merasakan bahawa pengharapan ini perlu diberitahu secara lisan.

Komunikasi dalam pendidikan keluarga

Salah aspek yang terpenting dalam komunikasi dalam rumahtangga Islam adalah dalam melaksanakan proses pendidikan isteri dan anak-anak terutama sekali sewaktu menanamkan hakikat-hakikat Islam, membentuk akhlak dan tidak kurang pentingnya dalam meluruskan semula isteri dan anak sekiranya tergelincir dari adab dan garis-garis syara’. Komunikasi ini tidak hanya berbentuk lisan kerana tindakan dan perbuatan boleh membatalkan bimbingan lisan sekiranya bertentangan tutur kata dengan tindakan. Oleh itu komunikasi berkesan hanya berlaku sekiranya adanya thiqah (keyakinan) dalam diri yang menerima bimbingan lisan kepada yang memberikan bimbingan. Arahan untuk mendidik keluarga ini boleh kita dapati dalam Surah asy Syu‘ara : ayat 214:

“….dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat”


Beberapa perkara penting dalam berkomunikasi

(a) Berkomunikasilah di atas dasar kasih

Ramai orang berada di dalam takut dikenali diri yang sebenar dan mungkin akibatnya akan mendapat layanan yang negatif dari orang lain. Rasulullah SAW telah menunjukkan pendekatan yang paling baik dengan melayani orang dengan penuh kasih sayang dan menerima sesiapapun dengan lapang dada. Kita mestilah jujur, bersikap tidak bermuka-muka. Apabila kita melihat isteri kita dengan penuh kasih dan tanggungjawab kita akan sensitif terhadap keperluan dan perasaan mereka dan ini akan membantu untuk menghasilkan suasana yang harmoni.

(b) Layanlah mereka supaya dirasai diri mereka penting dan dihargai

Setiap kita, sama ada suami atau isteri, akan merasakan sangat beruntung sekiranya pasangannya melayaninya sehingga dirasakan diri mereka penting dan dihargai. Pasangan kita akan terguris perasaan atau akan menderita di dalam perhubungannya dengan kita tidak merasai dirinya dihargai malah akan merasakan diri mereka terbiar. Rasulullah SAW sentiasa membawa sahabat-sahabatnya malah kanak-kanakpun merasai diri mereka penting.

(c) Setiap perkara itu ada masa dan situasi yang paling sesuai

Seperkara lagi yang tidak kurang pentingnya adalah memilih masa yang sesuai untuk memperkatakan sesuatu terutama sekali dalam memberikan teguran dan kritikan. Kita perlu memilih masa dan suasana yang tepat terutama sekali dengan isteri atau suami kerana dengan cara ini dapat dikurangkan kesan negatif teguran tersebut. Kadangkala sesuatu teguran itu boleh diterima sekiranya dilakukan sesuai dengan situasinya.

(d) Berilah perhatian kepada yang bertutur

Adalah penting dalam komunikasi agar yang mendengar memberikan perhatian kepada yang bertutur kerana bukan sahaja dengan memberikan perhatian kita berpeluang untuk lebih memahami yang lace w:st=”on”cuba lace dikemukakan dan lebih penting dari itu adalah dengan memberikan perhatian kita juga memberikan penghargaan kepadanya.

(e) Kurangkan membuat andaian tetapi mintalah penjelasan

Terdapat juga situasi apabila kita tidak memahami yang diberitahukan kepada kita dan ramai di kalangan kita biasanya membuat andaian dan kerap juga kita silap dalam andaian kita. Untuk mengelakkan salah faham dan mungkin akibat yang lebih serius maka eloklah kita meminta penjelasan.

Komunikasi dalam rumahtangga muslim adalah sangat penting kerana melalui proses komunikasi inilah dapat dibaca isi hati dan diri sebenar seseorang itu. Hikmah dalam komunikasi boleh bererti kemampuan memilih waktu yang sesuai untuk berkata-kata ataupun harus diam sahaja. Walaupun komunikasi tidak hanya terhad kepada pertuturan atau aspek komunikasi lisan sahaja tetapi ini ditekankan kerana salah faham paling kerap berlaku akibat lisan dan salah faham dalam keluargalah akan membawa akibat yang berat.

KOMUNIKASI YANG PALING UTAMA: MENTARBIYYAH ISTERI dan ANAK DENGAN TARBIYYAH ISLAM YANG SEBENARNYA

Setelah dikemukakan kepentingan dan aspek-aspek perlaksanaan komunikasi dalam rumahtangga, tujuan komunikasi yang paling utama adalah untuk mendidik atau membawa isteri melalui proses tarbiyyah Islamiyyah yang bersumberkan al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW agar suami isteri yang mengemudikan rumahtangga disediakan untuk pembangunan keluarga yang berasaskan Islam dan dapat melahirkan anak-anak yang berperanan dalam memperjuangkan Islam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros...

Hukum Mengambil Gaji Tanpa Bekerja

HUKUM MENGAMBIL GAJI TANPA BEKERJA Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Saya pekerja di suatu instansi pemerintah, kadang-kadang kami dibayar upah lembur dari kantor kami tanpa menugaskan kami dengan pekerjaan di luar jam kerja dan tanpa kehadiran kami di pejabat. Mereka menganggapnya sebagai insentif pekerja di luar jam kerja, padahal pimpinan instansimengetahui dan mengakuinya. Kami mohon penjelasan, semoga Allah memberi anda kebaikan. Adakah boleh mengambil wang tersebut? Jika tidak boleh, apa yang harus saya perbuat dengan wang-wang yang telah saya terima dahulu yang telah saya pergunakan. Smoga Allah membalas anda denan kebaikan. Jawapan Jika kenyataannya seperti yang anda sebutkan, maka itu suatu kemungkaran, tidak boleh dilakukan, bahkan merupakan pengkhianatan. Yang harus dilakukan adalah mengembalikan wang yang telah anda terima dengan cara seperti itu ke bendahara negara. Jika tidak bisa, maka hendaklah anda menye...

Perceraian dan Perpisahan

  Perceraian dan Perpisahan Pengenalan Perceraian adalah jalan atau langkah terakhir yang diambil oleh sebuah pasangan dalam menamatkan ikatan yang terjalin iaitu ikatan perkahwinan. Perceraian atau perpisahan adalah fenomena yang boleh berlaku tanpa diduga. Ia boleh terjadi tanpa mengira berapa lama tempoh sesebuah perkahwinan itu terjalin. Tempoh 3 tahun di awal perkahwinan adalah satu tempoh yang kritikal di mana pasangan belajar memahami dan menerima kelemahan dan kekurangan pasangan mereka. Statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2010 menunjukkan setiap tahun perceraian berlaku di antara 2,700 hingga 3,700 kes. Definisi Perceraian bermakna memutuskan pertalian di dalam perkahwinan. Ia juga bermaksud membuka atau melepaskan ikatan perkahwinan. Dalam istilah agama, ia bermaksud talak atau cerai. Kehidupan moden hari ini banyak menjuruskan pasangan ke lembah perceraian. Dalam konteks Agama Islam perceraian amat dibenci oleh ALLAH SWT. Walau bagaimanapun seandainya perkah...