Langkau ke kandungan utama

Hati Sensitif



Abah dan mama sering menasihatkan Hzammaz, perkahwinan kami ibarat seperti "Baby" sering ngantuk dan tidur, lantas bangun dan menagis bila lapar.. Ucapan dan nasihat itu kerap kami bincangkan bersama. Alhamdulillah kami saling berbincang mencari sinar kesempurnaan dan melayari bahtera rumahtangga.

Hzammaz kini sedang tercari-cari akan kekuatan. kami yakin, semua manusia mencari kekuatan. Tetapi, persoalannya, walaupun kita tahu sumber kekuatan kita adalah ALLAH, tetapi tubuh kita agak berat untuk bangun mendekatinya. Akhirnya, malas akan menerjah, lemah akan datang menjengah. "Baby" abah dan mama ni perlukan bimbingan mama dan abah sentiasa.. nasihatlah kami, bimbinglah kami untuk berjaya melayari kehidupan berumahtangga kekal sehingga ke akhir hayat... hingga kekal disyurga..

Saat-saat ini, adalah saat-saat yang sukar. Biasanya, ramai insan bila melalui fasa ini dia akan tumbang dan jatuh tanpa bangkit kembali. Saat-saat ini ibarat avalanche yang turun dari gunung salji yang tinggi, ibarat tsunami yang menghentam dengan kedasyatan yang tak terperi.

Tetapi mu'min yang percaya dan yakin akan adanya hari untuk dia bertemu dengan ALLAH, akan sentiasa berusaha untuk berdiri. Kerana hatinya sensitif. Hatinya tidak boleh duduk diam tanpa berusaha mendekati ALLAH. Hatinya akan gusar bila hubungannya dengan ALLAH lemah.

Hati yang sebeginilah yang membuatkan hentaman tsunami pun gagal untuk menumbangkan seorang mu'min.

Hzammaz teringat pengorbanan sahabat Rasulullah bernama Anas bin Nadhr. Sejarah ketika peperangan Uhud berkecamuk, apabila berita palsu mengenai Rasulullah telah mati terbunuh, ramai para sahabat duduk meletakkan senjata. Semangat untuk bertempur sudah hilang.
Apabila Anas bin Nadhr melihat sahabat-sahabatnya berkelakuan sedemikian, maka dia bertanya, " Kenapakah kalian sebegini?" Sahabat-sahabat menjawab lemah, " Rasulullah telah terbunuh, maka apa gunanya kita meneruskan perjuangan?"

Anas bin Nadhr melaung, " Kalau Rasulullah telah terbunuh, maka apa guna lagi kita duduk-dudk sebegini? Lebih baik kita mati mengikutinya!" Terus sahabat ini menggempur musuh, sehinggalah dia syahid dalam keadaan hancur tubuhnya, sehingga tiada siapa yang dapat mengecam dirinya adalah Anas bin Nadhr kecuali sepupu perempuannya yang mengenalinya melalui cincin yang masih tersemat pada jarinya.

Orang ini nampak matlamatnya, jelas pegangannya dan semangatnya menggunung tinggi. Tiada dia tewas dengan dugaan, walau dugaan itu amat berat.

Dia mempunyai hati yang kuat, sensitif, peka, yang tidak jatuh walau diserang guntur, yang tidak hancur walau dipijak. Hatinya itulah yang membuatkan seorang Anas bin Nadhr tidak terencat pemikirannya pada saat-saat genting.

Akhirnya dia mendapat kemenangan, kemenangan hakiki di sisi TUHAN.
Dalam pencarian kita kepada kekuatan, maka hendaklah kita bina dahulu hati yang sensitif dan peka. Hati yang boleh memberitahu kita bahawa kita sedang lemah, hati yang boleh menegur kita jika kita tersilap langkah. Hati yang dahagakan air iman, hati yang rindukan mandian ketaqwaan.

Hati seorang HAMBA.
Jika anda mempunyai hati ini, maka anda tidak akan lagi gusar. Anda seakan-akan mempunyai penggera keselamatan yang akan berbunyi jika ada kekotoran yang menyerang atau menceroboh kehidupan kita.
Apa kata kita mula mencari tarbiyyah itu.
Supaya kita boleh mendapatkan hati peka dan sensitif seperti yang hzammaz katakan ini.
Supaya kita akan menjadi sukar untuk lemah.

"Ketahuilah bahawa, dengan mengingati ALLAH itu, hati-hati akan menjadi tenang"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros...

Hukum Mengambil Gaji Tanpa Bekerja

HUKUM MENGAMBIL GAJI TANPA BEKERJA Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Saya pekerja di suatu instansi pemerintah, kadang-kadang kami dibayar upah lembur dari kantor kami tanpa menugaskan kami dengan pekerjaan di luar jam kerja dan tanpa kehadiran kami di pejabat. Mereka menganggapnya sebagai insentif pekerja di luar jam kerja, padahal pimpinan instansimengetahui dan mengakuinya. Kami mohon penjelasan, semoga Allah memberi anda kebaikan. Adakah boleh mengambil wang tersebut? Jika tidak boleh, apa yang harus saya perbuat dengan wang-wang yang telah saya terima dahulu yang telah saya pergunakan. Smoga Allah membalas anda denan kebaikan. Jawapan Jika kenyataannya seperti yang anda sebutkan, maka itu suatu kemungkaran, tidak boleh dilakukan, bahkan merupakan pengkhianatan. Yang harus dilakukan adalah mengembalikan wang yang telah anda terima dengan cara seperti itu ke bendahara negara. Jika tidak bisa, maka hendaklah anda menye...

Hukum Menggunkan Kemudahan/Peralatan Kerajaan @ Pejabat Untuk Kepentingan Peribadi

HUKUM MENGGUNAKAN KEMUDAHAN KERAJAAN /PEJABAT UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Bagaimana hukum menggunakan kemudahan kerajaan yang kecil-kecil yang terdapat di pejabat untuk keperluan peribadi, seperti pena, sampul surat, penggaris dan sebagainya? Semoga Allah memberikan anda kebaikan Jawapan Menggunakan peralatan negara yang ada di pejabat-pejabat kerajaan untuk keperluan peribadi hukumnya haram, kerana perbuatan ini bertentangan dengan amanat yang telah diperintahkan Allah untuk dipelihara, kecuali hal-hal yang tidak merugikan, seperti penggunaan pembaris, hal seperti ini tidak berpengaruh dan tidak merugikan. Adapun menggunakan pena, kertas, mesin taip, mesin photo copy dan sejenisnya untuk keperluan-keperluan peribadi, maka hukumnya tidak boleh kerana itu semua merupakan milik kerajaan [Fatawa Lil Muwazhzhafin wal Ummal, Syaikh Ibnu Utsaimin, hal. 31-32] MENGGUNAKAN MOBIL DINAS UNTUK KEPERLUAN...