Langkau ke kandungan utama

Sendi Kekuatan Melawan Bisikan Syaitan (Kuasai Dirimu Dengan IMAN)


Sendi-sendi Kekuatan Dalam Memerangi Bisikan Syaitan & Nafsu.


1. Hati



Hati akan menjadi benteng yang kuat dalam memerangi nafsu sekiranya hati itu hidup, lembut, bersih, cekal dan selalu mengingati pesanan Sayidina Ali yang berbunyi:

Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala mempunyai bejana di atas buminya iaitu hati-hati … maka hati yang paling disukai oleh Allah Subhanahuwata’ala ialah hati yang lembut, bersih dan cekal. Kemudian Sayidina Ali mentafsirkan (kalimah kalimah tersebut dengan) katanya: Cekal dalam pegangan agama, bersih di dalam keyakinan dan lembut terhadap saudara-saudara mukmin”.

Sayidina Ali juga berkata: “Hati seorang mukmin itu bersih, terdapat padanya pelita yang bercahaya. Hati seorang kafir itu hitam serta berpenyakit”. Al-Quran Al-Karim memberi gambaran tentang hati orang-orang mukmin menerusi firman Allah:Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Rabblah mereka bertawakkal.(Surah Al-Anfal 8: Ayat 2)

Dalam menggambarkan sifat-sifat hati orang kafir pula Allah menjelaskan:
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” (Surah Al-Hajj 22: Ayat 46)

Allah juga berfirman: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?” (Surah Muhammad 47: Ayat 24)


2. Akal


Akal adalah (ciptaan Allah) yang dapat melihat, mempunyai daya memahami sesuatu, mampu membezakan dan dapat menyimpan sesuatu fahaman dari ilmu-ilmunya di mana dengan ilmu itu kelak ia dapat menghampirkan diri dengan Allah, mengetahui keagungan Allah serta kekuatan-Nya. Akal seperti inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah:

Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama’. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.(Surah Al-Fatir 35: Ayat 28)


Baginda bersabda: “Tidaklah beruntung seorang lelaki (dengan satu pemberian) dibandingkan dengan kelebihan kurniaan akal yang dapat membimbing pemiliknya kepada petunjuk dan menahannya dari perkara yang buruk”.(Hadis riwayat Al-Mujbir)


Oleh kerana betapa tingginya nilai akal, maka Islam menganjurkan agar akal diisi dengan ilmu dan makrifat serta mendalami segala urusan agama agar dengan ilmu-ilmu itu akal menjadikannya sebagai sebab akibat yang memandu segala tindakan, membezakan di antara yang buruk dengan yang baik, di antara yang hak dengan yang batil sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam: “Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya diberikan kefahaman yang mendalam dalam agama.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Sabda baginda lagi: “Kelebihan (keutamaan) seorang ‘alim atas seorang ‘abid (ahli ibadat) adalah seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah dari sahabat-sahabatku”. Semua ini membuktikan betapa tingginya nilai dan kesan akal dalam proses membina kekuatan insan di dalam diri manusia. Dengannya manusia dapat mengenali serta dapat menyelami hakikat alam semesta dan rahsianya. Oleh yang demikian akal seorang mukmin itu adalah akal fikiran yang waras, dapat membezakan buruk dan baik, halal dan haram, kebaikan dan kemungkaran kerana ia melihat segala perkara dengan cahaya Allah yang dapat menembusi di sebalik tutupan yang halus.


Firman Allah:


Barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (Surah Al-Nur 24: Ayat 40).

Cahaya akal seseorang mukmin itu sentiasa bersinar, tidak dapat dipadamkan kecuali oleh kerja-kerja maksiat yang berkekalan, dilakukan pula secara terang-terangan dan tidak pula diikuti dengan taubat.


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjelaskan: “Sesiapa yang melakukan dosa maka bercerailah akalnya dari dirinya, ia tidak akan kembali kepadanya buat selama-lamanya”.
Baginda Sallallahu’alaihiwasallam juga bersabda: “Kalaulah tidak kerana syaitan-syaitan itu mengelilingi hati anak-anak Adam nescaya mereka dapat melihat (merenung) kerajaan Allah di langit dan di bumi”.(Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah)


Anas bin Malik r.a menceritakan: “Semasa aku masuk menemui Othman bin Affan r.a aku bertemu seorang wanita dalam perjalanan, lalu aku sempat mengerling memandangnya dan tertarik kepada kecantikannya. Lalu semasa aku menemuinya Othman berkata kepadaku:“Seorang dari kamu menemuiku sedangkan kesan zina kelihatan pada kedua matanya. Adakah engkau mengetahui bahawa zina mata itu ialah memandang?


Hendaklah kamu bertaubat atau aku akan mengenakan hukuman takzir”. Lalu akupun bertanya? “Adakah lagi wahyu (kepadamu) selepas Nabi?” Maka Othman menjawab: “Tidak, tetapi (dengan pandangan) basirah hati burhan dan firasatyang benar”.


Tanda-tanda Ketewasan Jiwa


Apabila hati manusia telah mati atau menjadi keras, apabila hati manusia telah menjadi padamdan tidak bersinar lagi atau apabila ia telah tumpas dalam pertarungannya menghadapi syaitan maka terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan terutama ke dalam dirinya, kerana syaitan itu meresap ke dalam diri anak Adam sebagaimana pengaliran di dalam tubuhnya.

Sebenarnya apabila benteng pertahanan dan kekuatan manusia telah runtuh maka syaitan akan kembali menjadi teman karibnya sebagaimana firman Allah: Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.

(Surah Al-Mujadalah 58: Ayat 19)


Inilah kandungan maksud yang dibayangkan oleh Al-Quran Al-Karimyang menyatakan: “Iblis menjawab: “Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Surah Al-A’raf 7: Ayat 16-17)


Sebenarnya selain dari penyakit di atas terdapat satu penyakit lain yang paling berbahaya iaitu penyakit was-was, syaitan menyebabkan mereka merasa was-was dalam setiap urusan hidup mereka dengan tujuan memesongkan mereka dari jalan Allah.


Dalam hal ini Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu menghasut anak Adam dengan berbagai cara. Lalu (pertamanya) ia menghasut melalui jalan agama Islam itu sendiri dengan berkata: Apakah kamu menganut Islam dan meninggalkan agamamu dan agama nenek moyangmu?. Anak Adam enggan mengikutinya dan tetap berpegang dengan Islam. Kemudian dia menghasut pula di jalan hijrah, lalu dia berkata: Adakah anda ingin berhijrah meninggalkan tanah air dan kampung halaman? Lalu anak Adam mengingkarinya dan tetap berhijrah.


Kemudian syaitan menghasut pula di jalan jihad dengan berkata: “Adakah engkau ingin sedangkan jihad itu membinasakan jiwa dan harta benda engkau, kemudian engkau berperang lalu engkau dibunuh, kemudian isteri engkau dikahwini orang dan harta kekayaan engkau dibahagi-bahagikan. Lalu anak Adam tetap mengingkari syaitan dan terus berjihad. Kemudian Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Maka sesiapa yang bersikap demikian kemudian ia mati maka adalah hak Allah Subhanahuwata’ala memasukkannya ke dalam syurga”.

(Hadis riwayat Al-Nasa’i)


Alangkah baiknya jikalau anda dapat menatap kisah antara syaitan dan seorang Rahib Bani Israil dalam tafsir ayat Surah Al-Hasyr 59: Ayat 16: “(Bujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (bujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: “Kafirlah kamu”, maka tatkala manusia itu telah kafir, maka ia berkata: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Rabb semesta alam”.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros...

Hukum Mengambil Gaji Tanpa Bekerja

HUKUM MENGAMBIL GAJI TANPA BEKERJA Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Saya pekerja di suatu instansi pemerintah, kadang-kadang kami dibayar upah lembur dari kantor kami tanpa menugaskan kami dengan pekerjaan di luar jam kerja dan tanpa kehadiran kami di pejabat. Mereka menganggapnya sebagai insentif pekerja di luar jam kerja, padahal pimpinan instansimengetahui dan mengakuinya. Kami mohon penjelasan, semoga Allah memberi anda kebaikan. Adakah boleh mengambil wang tersebut? Jika tidak boleh, apa yang harus saya perbuat dengan wang-wang yang telah saya terima dahulu yang telah saya pergunakan. Smoga Allah membalas anda denan kebaikan. Jawapan Jika kenyataannya seperti yang anda sebutkan, maka itu suatu kemungkaran, tidak boleh dilakukan, bahkan merupakan pengkhianatan. Yang harus dilakukan adalah mengembalikan wang yang telah anda terima dengan cara seperti itu ke bendahara negara. Jika tidak bisa, maka hendaklah anda menye...

Perceraian dan Perpisahan

  Perceraian dan Perpisahan Pengenalan Perceraian adalah jalan atau langkah terakhir yang diambil oleh sebuah pasangan dalam menamatkan ikatan yang terjalin iaitu ikatan perkahwinan. Perceraian atau perpisahan adalah fenomena yang boleh berlaku tanpa diduga. Ia boleh terjadi tanpa mengira berapa lama tempoh sesebuah perkahwinan itu terjalin. Tempoh 3 tahun di awal perkahwinan adalah satu tempoh yang kritikal di mana pasangan belajar memahami dan menerima kelemahan dan kekurangan pasangan mereka. Statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2010 menunjukkan setiap tahun perceraian berlaku di antara 2,700 hingga 3,700 kes. Definisi Perceraian bermakna memutuskan pertalian di dalam perkahwinan. Ia juga bermaksud membuka atau melepaskan ikatan perkahwinan. Dalam istilah agama, ia bermaksud talak atau cerai. Kehidupan moden hari ini banyak menjuruskan pasangan ke lembah perceraian. Dalam konteks Agama Islam perceraian amat dibenci oleh ALLAH SWT. Walau bagaimanapun seandainya perkah...