ADAB TERHADAP HAIWAN
Oleh
Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jaza'iri
Seorang muslim beranggapan bahawa kebanyakan haiwan adalah makhluk mulia, maka dari itu ia menyayanginya kerana Allah sayang kepada mereka dan ia selalu berpegang teguh kepada etika dan adab berikut ini.
1. Memberinya makan dan minum apabila haiwan itu lapar dan haus, sebab Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:
"Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) itu terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadaNya)" [HR Al-Bukhari: 2363]
"Sesiapa yang tidak belas kasih nescaya tidak dibelaskasihi" [HR Al-Bukhari; 5997, Muslim: 2318]
ارحموا من فى الاض ير حمكم من فى السماء
"Kasihanilah siapa yang ada di bumi ini, nescaya kamu dikasihani oleh yang ada di langit" [HR At-Tirmdzi: 1924]
2. Menyayangi dan kasih sayang kepadanya, sebab Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda ketika para sahabatnya menjadikan burung sebagai sasaran memanah.
لعن الله من اتخذ شيئا فيه روح غر ضا
"Allah telah mengutuk orang yang menjadikan sesutu yang bernyawa sebagai sasaran" [HR Al-Bukhari: 5515, Muslim: 1958] [Redaksi ini riwayat Ahmad: 6223]
Beliau juga telah melarang mengurung atau mengikat binatang ternakan untuk dibunuh dengan dipanah / ditombak dan sejenisnya [1], dan kerana beliau juga telah bersabda."Siapa gerangan yang telah menyakiti perasaan burung ini kerana anaknya? Kembalikanlah kepadanya anak-anaknya". Beliau mengatakan hal tersebut setelah beliau melihat seekor burung berputar-putar mencari anak-anaknya yang diambil dari sarangnya oleh salah seorang sahabat "[HR Abu Daud: 2675 dengan sanad sahih]
3. Menyenangkannya di saat menyembelih atau membunuhnya, kerana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda, "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) atas segala sesuatu, maka apabila kamu membunuh hendaklah berlaku ihsan di dalam pembunuhan, dan apabila kamu menyembelih hendaklah berlaku baik di dalam penyembelihan, dan hendaklah salah seorang kamu menyenangkan sembelihannya dan hendaklah ia mempertajam mata pisaunya "[HR Muslim: 1955]
4. Tidak menyiksanya dengan cara penyiksaan apapun, atau dengan membuatnya kelaparan, memukulinya, menyeksanya dengan sesuatu yang ia tidak mampu, menyiksanya atau membakarnya, kerana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda: "Seorang perempuan masuk neraka kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga mati, maka dari itu ia masuk neraka kerana kucing tersebut, disebabkan ia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum di saat ia mengurungnya, dan tidak pula ia membiarkannya memakan serangga di bumi "[HR Al-Bukhari: 3482]
Ketika beliau berjalan melintasi sarang semut yang telah dibakar, beliau bersabda.
انه لاينبغى أن يعذ ب بالنار الا رب النار
"Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api" [HR Abu Daud: 2675, hadis sahih]
5. Boleh membunuh haiwan yang mengganggu, seperti anjing liar, serigala, ular, kalajengking, tikus dan lain-lain, kerana beliau telah bersabda, "Ada lima macam binatang fasik yang boleh dibunuh di waktu halal (tidak berihram) dan di waktu ihram, iaitu ular , burung gagak yang putih punggung dan perutnya, tikus, anjing buas dan rajawali "[HR Muslim: 1198]. Juga ada hadis sahih yang membolehkan membunuh kalajengking dan mengutuknya.
6. Boleh memberi wasam (tanda / cap) dengan besi panas pada telinga binatang ternak yang tergolong na'am untuk maslahat, sebab telah diriwayatkan bahawasanya Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam memberi wasam pada telinga unta sedekah dengan tangan baginda yang mulia. Sedangkan haiwan lain selain daripada yang tergolong na'am (unta, kambing dan lembu) tidak boleh diberi wasam, sebab ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat ada seekor keldai yang mukanya diberi wasam beliau bersabda, "Allah telah mengutuk orang yang memberi wasam pada muka keldai ini "[HR Muslim: 2117]
7. Mengenal hak Allah pada haiwan, iaitu menunaikan zakatnya jika haiwan itu tergolong yang wajib dizakati.
8. Tidak boleh sibuk mengurus haiwan hingga lupa taat dan dzikir kepada Allah. Sebab Allah telah berfirman.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah" [Al-Munafiqun: 9]
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pun telah bersabda berkenaan dengan kuda: "Kuda itu ada tiga macam. Kuda bagi seseorang menjadi pahala, kuda bagi seseorang menjadi pelindung dan kuda bagi seseorang menjadi dosa. Adapun kuda yang mendatangkan pahala adalah kuda seseorang yang dipangkal untuk fisabilillah , ia banyak berdiam di padang rumput atau di taman. Maka apa saja yang dimakan oleh kuda itu selama dipangkal di padang rumput atau di taman itu, maka pemiliknya mendapat pahala-pahala kebajikan. Dan sekiranya ia meninggalkannya lalu mendaki satu atau dua tempat tinggi, maka jejak dan kotorannya menjadi pahala-pahala kebajikan baginya. Maka dari itu kuda seperti itu menjadi pahala bagi pemiliknya. Kuda yang diikat oleh seseorang kerana ingin menjaga kehormatan diri (tidak meminta-minta) dan ia tidak lupa akan hak Allah Subhanahu wa Ta'ala pada leher ataupun punggung kuda itu, maka kuda itu menjadi pelindung baginya. Dan kuda yang diikat (dipangkal) oleh seseorang kerana kebanggaan, riya dan memusuhi orang-orang Islam, maka kuda itu mendatangkan dosa baginya "[HR Al-Bukhari: 2371]
Itulah sederet adab atau etika yang selalu dipelihara oleh seorang muslim terhadap haiwan kerana taat kepada Allah dan Rasulnya, sebagai pengamalan terhadap ajaran yang diperintahkan oleh syariat Islam, syariat yang penuh rahmat, sayari'at yang serat dengan kebaikan bagi segenap makhluk, manusia ataupun haiwan.
[Disalin dari kitab Minhajul Muslim, Konsep Hidup Ideal Dalam Islam, Penulis Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jaza'iri, penterjemah Musthofa Aini, Amir Hamzah, Penerbit Darul Haq]
Ulasan
Catat Ulasan