Langkau ke kandungan utama

Bebaskan Rumah Muslim Dari Asap Rokok!




BEBASKAN RUMAH MUSLIM DARI ASAP ROKOK!

Oleh
Muhammad Ashim bin Musthofa

Sungguh sangat memprihatinkan, pemandangan sejumlah kaum muslimin yang asyik menyulut rokok di serambi masjid. Padahal, biasanya hal-hal yang berbau asap, hanya di jumpai di tempat-tempat kotor (pembuangan sampah) dan pencemaran, seperti di terminal, jalanan atau tempat lain yang sejenis.

Bahkan orang-orang yang telah ditokohkan oleh masyarakat tidak lepas dari kebiasaan "membakar diri" ini. Tidak menghairankan bila merokok menjadi sesuatu yang gampang dicari, barangnya maupun penggemarnya. Bahkan kegemaran merokok ini pun terbawa saat menunaikan ibadah haji, sehingga menjadi melekat pada jamaah haji Indonesia. Karena memang, ada saja jemaah haji Indonesia yang nekad menyulut rokok di dekat pintu keluar Masjidil Haram. Maka pantas saja, dalam salah satu selebaran yang dibagikan cuma-cuma di sana, memuatkan kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan oleh jemaah haji Indonesia, di antaranya adalah merokok. Sungguh sangat memprihatinkan sekali.

ALLAH memerintahkan kita agar MENGKONSUMSI YANG BAIK-BAIK
Demikianlah perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala yang ditujukan kepada para Rasul-Nya dan kaum mukminin. Satu perintah yang sudah pasti bersumber dari rahmat dan kasih Allah Subhanhu wa Ta'ala kepada para hamba-Nya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

يآأيها الرسل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا إني بماتعملون عليم

"Wahai Rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal-amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan "[Al-Mukminun: 51]

Syaikh Abdur-Rahman As-Sa'di rahimahullah menjelaskan, salah satu kandungan ayat diatas menyatakan, bahawa para Rasul secara keseluruhan sepakat membolehkan makanan-makanan yang baik-baik dan mengharamkan barang-barang yang buruk. [1]

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

ياأيها الذين ءامنوا كلوا من طيبات مارزقناكم واشكروا لله إن كنتم إياه تعبدون

"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepada Allah kamu menyembah" [Al-Baqarah: 172]

Sebagaimana kita ketahui, makanan yang thayyib (baik) sangat menunjang kesihatan jasmani dan rohani Begitu pula dari kacamata kesihatan, asupan makanan yang memenuhi gizi seimbang (sehat) sangat penting bagi kesihatan tubuh. Adapun dari segi rohani, makanan yang thayyib mempunyai andil dalam menata "organ tubuh dalam" bagi manusia, hingga jiwanya pun menjadi baik, tunduk patuh kepada Tuhannya, menyukai kebaikan dan berlumba untuk meraihnya. Jadi ath-thoyyibat (makanan-makanan yang baik), ialah yang dibenarkan oleh Allah, berupa makanan-makanan yang bermanfaat bagi jasmani, akal dan perilaku. Setiap yang bermanfaat itulah makanan yang thayyib. Adapun makanan-makanan yang berbahaya, itu semua termasuk khabis (buruk) [2].

Sisi ini, benar-benar menjadi sandaran dalam menentukan masalah tahlil (penghalalan) dan tahrim (pengharaman) dalam agama Islam yang hanif. Syaikh Shalih Al-Fauzan menggariskan kaedah dalam masalah ini, iaitu: "Setiap barang yang suci yang tidak mengandungi mudharat (bahaya) apapun, dari jenis biji-bijian, buah-buahan, (daging) binatang, itu halal.Dan setiap benda yang najis, seperti bangkai, darah atau barang yang tercemar najis, dan setiap yang mengandungi mudharat, seperti racun dan sesuatu yang serupa dengannya, hukumnya haram "[3]

ORIENTASI UMUM HUKUM-HUKUM ISLAM (MAQASHIDUSY SYARI'AH)
Tidak diragukan lagi, jika syari'at Islam yang lurus, misinya ialah mendatangkan kemaslahatan dan menyempurnakannya, serta menampik seluruh kejelekan dan menekannya sekecil mungkin. Dalam Islam, ini merupakan prinsip yang penting, Ibnu Taimiyah rahimahullah acap kali menyatakan, bahawa syariat (Islam) datang untuk menyuguhkan turun kemaslahatan dan melengkapinya, dan menghentikan semua kerosakan dan memperkecilnya [4].Sehingga, segala hal yang baik, atau kebaikannya rajihah (dominan), maka syari'at memerintahkannya. Adapun sebuah perkara yang benar-benar jelas keburukannya, atau keburukannya rajihah (lebih kuat), maka syari'at akan melarangnya. [5]

Termasuk kaedah dan prinsip umum di atas, iaitu kaedah yang berbunyi: La dharara wala dhirar (tidak boleh mencipta bahaya bagi diri sendiri dan membahayakan orang lain), adh-dhararu yuzal (bahaya harus dihilangkan).

BETULKAH ROKOK BARANG YANG BURUK?
Untuk menjawab pertanyaan tersebut, secara jelas dapat kita lihat, dalam setiap bungkusan dan tayangan iklan produk rokok, baik di media cetak maupun elektronik, selalu tertera mesej berupa peringatan yang baik, iaitu; merokok boleh menyebabkan kanser, serangan jantung, impotensi, dan gangguan kehamilan dan janin. Sehingga tidak boleh dinafikan lagi, bahawa merokok memang mengandungi banyak bahan kimia yang membahayakan bagi manusia.

Ironisnya, "mesej atau peringatan baik" ini hanya sekadar mesej yang bersifat simbolik semata-mata, bahkan sangat tidak efektif. Kewujudan mesej tersebut sama saja antara ada dan tidak adanya. Padahal telah diakui oleh para ahli, banyak bahaya yang ditimbulkan oleh sebatang rokok.

BAGAIMANA PULA DENGAN SYARIAT ISLAM?
Islam sangat menghormati orang. Oleh itu, jika dalam keadaan yang benar-benar kecemasan, kita diharuskan makan meskipun barang tersebut haram. Begitu pula Islam melarang bunuh diri, dan lain sebagainya. Islam juga sangat menghargai akal manusia. Oleh sebab itu, Islam melarang benda-benda yang dapat menghilangkan kesedaran, baik yang hissi (benda padat semacam minuman keras, misalnya) atau bersifat maknawi, semacam judi, muzik dan menyaksikan objek-objek yang diharamkan. Dan Islam juga benar-benar memperhatikan kesucian dan keselamatan an-nasl (keturunan). Maka, dianjurkan untuk berkahwin, persaksian dalam pernikahan, perhatian kepada anak-anak, melarang perkahwinan dengan wanita penzina, larangan ikhtilath (campur baur antara laki-laki dan perempuan), dan sebagainya. [6]

Cuba kita membandingkan nilai-nilai luhur dalam Islam ini, yang masuk dalam rangka penyelenggaraan dharuriyyatul-khams (lima perkara asas) dengan mesej atau amaran yang melekat dalam setiap kemasan bungkus rokok. Hasinya, sangat bertentangan. Apalagi jika menghitung banyaknya wang yang dibelanjakan untuk membeli rokok, maka semakin jelas kebiasaan merokok sangat berseberangan dengan spirit penyelenggaraan harta dalam Islam (Hifzul mal).

BAWANG ATAUKAH ROKOK YANG menyisakan BAU LEBIH BUSUK PADA MULUT ORANG?
Menyoal kegunaan bawang, setiap orang sudah mengetahui, hingga kelazatan kebanyakan makanan tidak lepas dari rempah-rempah ini. Akan tetapi harus difahami, yakni bagi orang yang mengkonsumsinya dalam keadaan mentah, ia tidak boleh masuk dan menghadiri sembahyang berjemaah di masjid, sampai bau menyengat bawang dari mulutnya hilang.

Dari sahabat Ibnu Umar, bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda pada hari pembukaan Khaibar.

من أكل من هذه الشجرة يعني الثوم فلا يقربن مسجدنا

"Baragsiapa yang makan dari pohon ini-iaitu bawang putih-janganlah dia mendekati masjid kami". [7]

Dari Jabir bin Abdillah, bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

"Barangsiapa makan bawang putih atau bawang merah, hendaknya ia menjauhi kami (atau berkata), hendaknya ia menjauhi masjid kami dan duduk saja di rumahnya"

Dalam riwayat lain.

من أكل من هذه البقلة الخبيثة و قال مرة من أكل البصل والثوم والكراث فلا يقربن مسجدنا فإن الملائكة تتأذى مما يتأذى منه بنو آدم

"Sesiapa yang makan dari tanaman yang busuk ini: beliau (juga) pernah mengatakan sesiapa makan bawang merah, bawang putih dan bawang bakung, hendaknya ia jangan mendekati masjid kami. Sebab malaikat terganggu dengan barang yang manusia terganggu dengannya "[8]

Syaikh Masyhur bin Hasan Alu Salman menyimpulkan, dalam hadis-hadis ini terdapat keterangan dibencinya makan bawang merah dan bawang putih ketika akan mendatangi masjid. Hal ini, kerana Islam merupakan agama yang peduli dengan perasaan orang lain, menganjurkan bau yang biasa dan moral yang baik. Tergolong dalam undang-undang ini juga, iaitu bawang putih, bawang merah dan jenis bawang bakung, serta setiap makanan yang mengandungi bau tidak enak dan jenis lain.

Beliau menambah: Hukum-dalam masalah ini-di pelataran masjid dan tempat yang berada di sisinya sama. Oleh itu, Umar Radhiyallahu 'anhu berkata dalam khutbahnya: "Kemudian kamu, wahai orang-orang yang makan dari dua tanaman ini. Aku tidaklah mengangapnya, kecuali khabits (buruk), (iaitu) bawang merah dan bawang putih ini. Aku pernah melihat Rasulullah, bila beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam menjumpainya baunya dari seseorang di dalam masjid, maka beliau Shallallahu' alaihi wa sallam mengeluarkannya sampai Baqi. Sesiapa memakannya hendaknya mematikan baunya dengan dimasak (dahulu) "[9]

Oleh kerana itu, sebahagian ulama mengatakan, setiap orang yang pada dirinya terdapat bau tidak enak, membuat orang lain terganggu, harus dikeluarkan dari masjid, meski harus dengan mengheret tangan dan kakinya, bukan dengan menarik janggut dan rambutnya.Demikian yang termuat dalam (kitab) Majalis Al-Abrar. [10]

Imam An-Nawawi rahimahullah memasukkan hadis-hadis tersebut di atas dalam tajuk "Bab larangan bagi orang yang makan bawang putih dan bawang merah, atau bawang bakung dan makanan sejenis yang mempunyai bau tidak sedap dari mendatangi masjid, sampai baunya hilang dan dikeluarkan dari dalam masjid ".

Begitu pulalah yang terjadi dengan orang yang merokok. Kebiasan menghisap rokok telah menyisakan bekas bau busuk. Sehingga keberadaaan orang tersebut di tempat mulia, seperti rumah-rumah Allah dihalang untuk sementara. Syaikh Masyhur bin Hasan Alu Salman menyamakan hukumnya dengan hukum memakan bawang mentah. Disebabkan, terdapat kesamaan pada keduanya. Iaitu bau tidak enak yang menyengat.

Beliau berkata, "Faktor penyebab larangan menghadiri solat jemaah (bagi orang yang memakan bawang mentah) adalah bau yang busuk, sebagaimana tertuang pada sebahagian hadith, dan terganggunya malaikat oleh apa saja yang mengganggu anak Adam, sperti terkandung dalam beberapa hadits, maka sesungguhnya , undang-undang merokok pun diikutsertakan dengan bawang merah dan dan bawang putih. Bahkan merokok, baunya lebih menusuk "[11]

Syaikh Bin Baz rahimahullah berkata: "Hadis ini dan hadis sahih yang lain yang semakna, menujukkan dibencinya (makruh) seorang muslim mendatangi solat jamaah, selama bau busuk masih ketara pada dirinya. Baik, kerana usai makan bawang merah atau putih, atau makanan yang berbau tajam yang lain. Seperti juga merokok, sampai baunya sirna. Selain merokok mengandung bau yang busuk, hukumnya (juga) diharamkan, (yakni dengan) menilik banyaknya bahaya yang terkandung di dalamnya, dan keburukannya yang sudah diketahui. Rokok masuk dalam konteks firman Allah.

ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

"Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk" [Al-A'raf: 157]

Dalam ayat lain.

يسئلونك ماذآأحل لهم قل أحل لكم الطيبات

"Mereka menanyakan kepadamu:" Apakah yang dihalalkan bagi mereka ". Katakanlah: Dihalalkan bagimu yang baik-baik" [Al-Maidah: 4]

Dan sudah diketahui, rokok bukan termasuk barang yang baik. Oleh itu, dapat difahami kalau merokok termasuk barang haram bagi umat ini "[12]

Kandungan surat Al-A'raf ayat 157 ini sudah cukup untuk menunjukkan kepada orang-orang yang berakal mengenai haramnya merokok. Ayat tersebut hanya membahagi makanan dan minuman ke dalam dua jenis saja: tidak ada jenis yang ketiga. Makanan yang baik-baik dibenarkan, dan makanan yang buruk diharamkan. Sekarang ini, siapakah yang berani mengatakan jika merokok itu baik dengan mempertimbangkan baunya, harta yang habis untuk membelinya, serta bahaya-bahaya fizikal ataupun ekonomi yang muncul darinya? "[13]

Dalam Tanbihatun Ala Ba'dhil Akhtha 'Allati Yaf'alluha Ba'dhul Mushallin. Syaikh Abdullah bin Al-Jibrin berkata: "Terhadap pengguna sesuatu yang menyebabkan bau busuk lagi dibenci oleh penciuman manusia, seperti merokok, syisyah (merokok dengan cerobong panjang yang dijumpai di kawasan-kawasan Arab) yang lebih buruk dari bawang merah dan bawang putih, yang menyebabkan para malaikat dan para jamaah terganggu, maka kewajipan para jamaah solat, agar datang (ke masjid) dengan aroma yang enak, jauh dari hal-hal yang buruk ".

TERAPI MELEPASKAN DIRI DARI ROKOK
Dalam kitab Min Adhrari-Muskirati wal Mukhaddirat, Syaikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Al-Jarullah, memberikan isu bagi para pecandu rokok, agar terlepas dari kebiasaan buruk ini.[14]

Syaikh memberikan terapi.
1. Ketahuilah berdasarkan konsesus para doktor, merokok merupakan salah satu cara penganiayaan anda kepada tubuh anda yang indah.
2. Kenalilah bahaya-bahaya merokok ditinjau dari kesihatan, sosial dan ekonomi, dan sadarilah, Mulailah memikirkan untuk meninggalkannya, dan bulatkan tekad disertai tawakal kepada Allah.
3. Buatlah satu senarai harian tentang keburukan-keburukan rokok terhadap diri anda dan kawan-kawan anda.
4. Jauhilah sebisa mungkin bergaul dengan para perokok dan dari bau rokok. Usahakan hidup dalam suasana udara yang segar dan sibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat.
5. Gunakan siwak atau benda untuk menggosok gigi, atau dengan yang lain, jika anda merasakan keinginan kepada merokok.
6. Konsumsilah segelas juice lemon, anggur dan jeruk. Karena bisa mengeliminasi hasrat merokok.
7. Merokok juga merupakan kebiasaan yang boleh berubah. Ertinya, meninggalkan rokok bukan perkara mustahil.
8. Bila anda ingin membeli atau mengkonsumsinya, fikirkanlah, apakah ia halal atau haram?Apakah bermanfaat ataukah mengandungi bahaya? Apakah termasuk barang yang baik atau keji? Maka anda akan menjumpai jawapan, bahawa merokok itu haram, berbahaya dan barang yang keji.
9. Kalau anda ragu-ragu untuk meninggalkan rokok, sungguh telah banyak orang yang telah berjaya memutuskan untuk tidak merokok. Ertinya, putus hubungan dengan rokok bukan kejadian mustahil.
10. Anda harus menyedari bahawa merokok sukar untuk dikatakan bukan barang haram, kerana melihat kesan buruknya bagi perokok aktif maupun pasif.
11. Memohon pertolongan kepada Allah agar memudahkan bebas dari jeratan merokok

ENGKAU TELAH MENYAKITI KAMI DENGAN ASAP ROKOK
Syaikh Masyhur bin Hasan Alu Salman mengatakan, bahawa kebiasaan merokok termasuk boleh merosakkan kehormatan, kerana hukumnya haram. Binatang-binatang pun tidak menyukainya. Bau busuknya telah mengganggu banyak manusia, dan malaikat terganggu dengan sesuatu yang mengganggu manusia. Lebih-lebih lagi jika memperhatikan bahaya-bahaya yang tidak terhitung jumlahnya. Rokok tidak dikonsumsi, kecuali memperlihatkan gambaran yang buruk menurut pandangan para ulama (rabbani). Akan tetapi, orang-orang kebanyakan begitu terjerat olehnya. Sampai ada yang berbuka puasa dengan menghisap rokok terlebih dahulu, atau untuk memulakan makan atau minum. La haula wala quwwata illa billah. [15]

Sehingga, bila masih saja ada seseorang yang membela diri dengan tetap berbuat buruk, misalnya merokok, itu menandakan pada orang tersebut ada sesuatu yang rosak. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: "Seseorang yang sudah rosak jiwanya, atau keseimbangan dirinya, ia akan menyukai dan menikmati perkara-perkara yang membahayakan dirinya. Bahkan ia begitu merindukannya sampai merosakkan akal, agama, akhlak, jasmani dan hartanya "[16]

Kesimpulan yang boleh didapatkan berdasarkan kaedah-kaedah universal yang menjadi spirit agama Islam, disertai beberapa keterangan ulama rabbani, maka kita mengetahui, merokok bukan termasuk barang-barang yang pantas dinikmati oleh seorang muslim. Ini mengingat, besarnya bahaya yang timbul dari merokok. Apalagi bila disulut oleh sekian banyak orang secara rutin, maka semakin meyakinkan bahwa tidak ada pilihan lain. Jika merokok harus ditinggalkan. Gangguan kesihatan pada perokok aktif dan pasif, gangguan sosial dan ekonomi sudah tidak dapat dielakkan, dan semakin menguatkan pandangan, bila rokok hanya akan membuat hidup lebih redup. Sehingga bila masih diperdebatkan boleh atau tidak untuk mengkonsumsinya, akan memporak-perandakan kaedah umum yang melekat pada syariat Islam, yang menjungjung tinggi dalam melindungi jiwa, harta, keturunan dan kemaslahatan umum.

Rumah yang baik adalah rumah yang tidak terdapat korek penyalaan merokok ataupun asbak. Baik barang itu berasal dari yang promosi gratisan atau yang lain. Sepertinya perlu menempelkan peringatan tentang larangan merokok di rumah masing-masing, sebagai sarana untuk mengingatkan orang-orang yang hendak merokok dengan cara yang baik, sehingga mengurungkannya.

[Disalin dari Majalah As-Sunnah Edisi 03/Tahun XI/1428H/2007M]
_______
Footnote
[1]. Taisir Karimir Rahman hal. 553 Muassasah Risalah I Th.1423H - 2002M
[2]. Al-Athimah, Dr Shalih Al-Fauzan, Maktabah Al-Ma'arif, Cetakan II, Tahun 1419H - 1999M, halaman 18.
[3]. Al-Athimah, Dr Shalih Al-Fauzan, halaman 28
[4]. Majmu Fatawa (1 / 265) dinukil dari Maqashidusy Syari'ah Inda Ibni Taimiyah, Dr Yusuf Ahmad Muhammad Al-Badawi, cetakan I Tahun 1421H - 2000m
[5]. Maqashidusy Syari'ah Inda Ibni Taimiyah, halaman 287
[6]. Maqashidusy Syari'ah Inda Ibni Taimiyah, halaman 461-479
[7]. HR Al-Bukhari no. 853, 4215, 4217, 4218, 5521, 5522 dan Muslim no. 561
[8]. HR Muslim no. 564
[9]. HR Muslim no. 567
[10]. Fatwa Fi Hukmid Dukhan, dinukil dari Al-Qaulul Mubin fi Akhta-il Mushallin, halaman 199
[11]. Al-Qaulul Mubin, Masyhur Hasan Alu Salman, halaman 199
[12]. Fatawa (1 / 82), dinukil dari Al-Qaulul Mubin, halaman 200
[13]. Akhthar Tuhaddidul Buyut, darul Wathan, Cetakan I Tahun 1411H, halaman 36-37.
[14]. Min adhraril Muskirati wal Mukhaddirat, Syaikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Al-Jarullah, Penerbit Wizarah Dakhiliyyah KSA, Cetakan II, Tahun 1404H, halaman 53. Da'it-Tadkhin Wabda-il Hayah. Dr Ahmad bin Abdir Razzaq Bafarath dan Abdul Majid bin Abdul Karim Ad-Darwisy, halaman 22-23.
[15]. Al-Muru'ah wa Khawarimuha, Masyhur Hasan Alu Salman, Dar Ibni Affan, Cetakan I Tahun 1415H-1995M, halaman 118
[16]. Majmu Fatawa (19/34) dinukil dari Al-Maqasid, laman 461

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros

Rumahku Syurgaku

RUMAHKU SYURGAKU Abdullah Fahim et.all PENDAHULUAN Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan bangsa yang maju dan dinamik yang bersendirian kepada pembangunan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan akan berlaku kesan-kesan sampingan atau pengaruh–pengaruh negatif dari budaya asing yang boleh merosakkan anak muda, mengugut kestabilan dan kecemerlangan bangsa. Gejala mungkar yang berlaku dalam masyarakat hari ini terutama di kalangan muda mudi seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, mencuri, malas dan sebagainya adalah di antara bukti yang jelas terhadap perlunya peranan yang mesti dimainkan oleh ibu bapa. Gejala-gejala seperti kerapuhan pegangan agama, kekosongan jiwa, kekurangan daya tenaga dan pemikiran di kalangan muda mudi, krisis rumahtangga, perilaku anak-anak yang liar, tidak ada pegangan hidup, tidak menghormati orang tua, lebih suka kepada kebebasan mutlak dan keseronokan serta hanyut dalam arus pengaruh kebudayaan asing yang lebih banyak merosakka

Hukum Mengambil Gaji Tanpa Bekerja

HUKUM MENGAMBIL GAJI TANPA BEKERJA Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Saya pekerja di suatu instansi pemerintah, kadang-kadang kami dibayar upah lembur dari kantor kami tanpa menugaskan kami dengan pekerjaan di luar jam kerja dan tanpa kehadiran kami di pejabat. Mereka menganggapnya sebagai insentif pekerja di luar jam kerja, padahal pimpinan instansimengetahui dan mengakuinya. Kami mohon penjelasan, semoga Allah memberi anda kebaikan. Adakah boleh mengambil wang tersebut? Jika tidak boleh, apa yang harus saya perbuat dengan wang-wang yang telah saya terima dahulu yang telah saya pergunakan. Smoga Allah membalas anda denan kebaikan. Jawapan Jika kenyataannya seperti yang anda sebutkan, maka itu suatu kemungkaran, tidak boleh dilakukan, bahkan merupakan pengkhianatan. Yang harus dilakukan adalah mengembalikan wang yang telah anda terima dengan cara seperti itu ke bendahara negara. Jika tidak bisa, maka hendaklah anda menye