Langkau ke kandungan utama

Kesalahan Dalam Penamaan Istilah




BEBERAPA KESALAHAN DALAM PENAMAAN DAN ISTILAH

Oleh
Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu

Kesalahan Pertama
Penisbatan isteri kepada suaminya, seperti: Suha Arafat, nisbat kepada suaminya. Ini merupakan suatu kesalahan, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

ادعوهم لآبائهم هو أقسط عند الله

"Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka, itulah yang lebih adil pada sisi Allah" [al-Ahzab: 5]

Yang benar ialah Suha bintu Fulan (nisbat kepada bapanya)

Kesalahan Kedua
Penyebutan sesuatu tidak menggunakan nama yang sebenarnya menurut syar'i. seperti penyebutan riba bank diganti dengan faedah bank, khamr telah diberi nama dengan nama dan / atau label yang banyak dan bermacam-macam, hingga ada yang menamakannya minuman untuk membangkitkan semangat dan sebagainya, zina diganti dengan hubungan sex dan sebagainya.

Yang benar, seharusnya kita menyebut hal-hal tersebut berdasarkan apa yang telah Allah Subhanahu wa Ta'ala namakan. Kerana dalam penamaan (yang Allah berikan tersebut) terdapat banyak faedah. Di antaranya, agar manusia mengetahui apa-apa yang telah diharamkan Allah, baik nama ataupun sifatnya. Sehingga mereka menjauhinya, setelah mengetahui bahaya dan ancaman siksa (bagi yang melanggar). Dan tidak timbul kesan meremehkan pada jiwa kita mengenai keharaman tersebut setelah namanya diganti.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وذروا ما بقي من الربا إن كنتم مؤمنين فإن لم تفعلوا فأذنوا بحرب من الله ورسوله وإن تبتم فلكم رءوس أموالكم لا تظلمون ولا تظلمون

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasulnya akan memerangimu.Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya "[al-Baqarah: 278-279]

Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman.

يا أيها الذين آمنوا إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون إنما يريد الشيطان أن يوقع بينكم العداوة والبغضاء في الخمر والميسر ويصدكم عن ذكر الله وعن الصلاة فهل أنتم منتهون

"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamr, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab (meminum) khamr dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu) "[al-Maidah: 90-91]

Kemudian firman-Nya.

ولا تقربوا الزنا إنه كان فاحشة وساء سبيلا

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk "[al-Isra: 32]

Kesalahan Ketiga
Penyebutan kata Al-Karm untuk wain. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang menyebut anggur dengan kata Al-Karm. Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Janganlah kamu namakan Al-Karm, tapi namakanlah al'inab dan al-hablah" [HR Muslim]

Kata Al-Inab dan Al-Hablah mempunyai makna yang sama, yakni anggur. Beliau Shallallahu alaiahi wa salam juga bersabda.

"Mereka menyebut Al-Karm, sesungguhnya Al-Karm adalah hati seorang mu'min" [HR Al-Bukhari]

Beliau melarang hal ini disebabkan lafaz Al-Karm menunjukkan akan melimpahnya kebaikan dan manfaat pada sesuatu. Dan hati seorang mukmin lebih berhak untuk itu.

Kesalahan Keempat.
Berkun-yah dengan kun-yah Abul Hakam. Kerana Al-Hakim adalah Allah. Maka, tidak boleh berkun-yah dengan kun-yah tersebut. Yang benar, kita berkun-yah dengan kun-yah yang disunnahkan, seperti Abu Abdillah, Abu Abdirrahman, Abu Abdil Hakam. Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Sesungguhnya nama yang paling dicintai Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman" [HR Muslim]

Dalam hadis Al-Miqdam bin Syuraih bin Hani, ketika ia (yakni Hani) bersama kaumnya datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau mendengar mereka memberi kun-yah Abul Hakam kepadanya. Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam memanggilnya, beliau berkata.

"Sesungguhnya Allah adalah Al-Hakam dan kepadaNyalah undang-undang kembali, maka mengapakah engkau berkun-yah dengan Abul Hakam? Ia (Hani) berkata, "Sesungguhnya jika kaumku berselisih, mereka mendatangiku lalu kuputuskan undang-undang di antara mereka hingga kedua-dua belah pihak redha atas keputusanku". Beliau berkata, "Alangkah baiknya perbuatanmu, apakah engkau mempunyai anak?" Dia menjawab, "Aku memiliki Syuraih, Abdullah dan Muslim. Beliau bertanya lagi, "Siapakah yang paling besar diantara mereka?" Dia menjawab, "Syuraih". Beliau berkata, "Kalau begitu, engkau Abu Syuraih" [HR An-Nasa'i]

Kesalahan Kelima
Memberi nama dengan nama yang mengandungi unsur tazkiyah (penyucian diri), seperti: Barrah (orang yang banyak berbakti), Khalifatullah (Khalifah Allah), Wakilullah (Naib Allah), dan sebagainya.

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melarang memberi nama Barrah. Beliau bersabda.

"Janganlah kamu mengatakan diri kamu suci, kerana Allah lebih tahu siapa yang baik diantara kamu" [HR Muslim]

Yang benar, ialah memberi nama dengan nama-nama yang disyariatkan, seperti: Zainab, Asma, Abdullah, Abdurrahman. Ataupun nama para nabi, seperti; Yusuf, Ibrahim dan sebagainya.

Yusuf bin Abdillah bin Salam Radhiyallahu 'anhu mengisahkan

"Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menghadiahkan nama Yusuf untukku. Beliau meletakkanku di pangkuannya dan beliau mengusap kepalaku "[HR Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad, hal.248]

Juwairiyah bintu Al-Harits Al-Khuza'iyyah, dahulu bernama Barrah. Kemudian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam merubah namanya menjadi Juwairiyah, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahih-nya.

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda dalam haditsnya yang lain, berkaitan dengan nama tazkiyah.

"Janganlah engkau namakan anak lelaki bernama dengan Rabah, Yasar, Aflah dan Nafi '" [HR Muslim]

Demikian juga dengan nama Kalifatullah ataupun Wakilullah. Arti kata al-wakil adalah seseorang yang bertindak mewakili pihak yang mewakilkan. Sedangkan Allah tidak ada wakil bagi-Nya, dan tidak ada yang bisa menggantikannya. Bahkan Dialah yang memelihara hamba-Nya, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ya Allah, Engkau adalah teman dalam perjalanan dan pemelihara keluarga (yang kami tinggal)" [HR Muslim]

Nabi juga melarang kita menamakan diri dengan sebutan Malikul Amlak (Raja Diraja). Beliau Shallallahu 'alaihi wa salam bersabda.

"Nama yang paling hina di sisi Allah pada hari Kiamat adalah seseorang yang menamakan diri dengan sebutan Malikul Amlak (Raja Diraja)" [HR Al-Bukhari]

Kesalahan Keenam
Memberi nama dengan nama yang buruk, seperti; Harb (perang), Sha'b (sukar, susah), Hazan (kesedihan), Ushaiyyah (maksiat), Aashiyah (wanita yang bermaksiat), Murrah (pahit) dan yang semisal dengan itu.

Yang benar, memberi nama dengan nama yang baik, seperti: Hasan, Husain, dan yang semisalnya.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sangat menyukai nama yang baik. Beliau bertafaul (berharap kebaikan) dengan nama tersebut. Sesiapa mahu mendalami hadis-hadis Nabi, nescaya dia akan mendapati makna-makna nama yang berkaitan dengan sunnah. Seakan-akan nama-nama itu diambil dari sunnah-sunnah itu.

Cuba renungi sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa salam berikut.

"Ghafar adalah orang yang Allah ampuni dan Aslam adalah yang Allah selamatkan, sedangkan Ushaiyyah dialah yang bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya" [HR Al-Bukhari]

Jika anda ingin mengetahui, adakah pengaruh nama bagi pemiliknya? Maka lihatlah kisah Said bin Al-Musayyib berikut ini.

"Dari Ibnu Al-Musayyib, daripada bapanya, sesungguhnya bapanya (yakni datuk Ibnu Al-Musayyib) datang menemui Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Beliau bertanya: "Siapakah namamu?". Ia menjawab, "Hazn". Beliau berkata, "Engkau adalah Sahl". Ia berkata. "Aku tidak akan mengubah nama pemberian ayahku". Ibnul Musayyib berkata: "Sejak itu kesusahan sentiasa meliputi kami" [HR Al-Bukhari]

Makna kata al-Huzunah (dalam hadis diatas,-red) adalah Al-Ghilzah (kekerasan, kesusahan) Dapat pula bearti tanah yang keras atau tanah datar.

Dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma, sesungguhnya Nabi merubah nama' Aashiyah. Beliau berkata, "Kamu Jamilah".

Ketika Al-Hasan lahir, Ali menamainya Harb. Kemudian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam datang seraya berkata: "Perlihatkan kepadaku cucuku. Siapa nama yang kamu berikan pada cucuku? "Ali berkata," Harb ". Beliau berkata, "Bahkan namanya adalah Hasan" [HR Ahmad]

Kesalahan Ketujuh
Sebahagian orang memberikan gelaran attatharruf fid din (sikap berlebih-lebihan dalam agama) kepada mereka yang memegang agama secara mutasyadid (ekstrim)

Yang benar kita sebut ghuluw fid dien (berlebih-lebihan dalam agama). Penyebutan ini pun diberikan, jika memang orang tersebut telah benar-benar keluar dari agama kerana sikap ghuluwnya tadi

Ahli hadis mengatakan istilah attatharruf fid dien ini muncul pada awal-awal abad ke lima belas hijriah. Ketika itu terjadi taubat massa para pemuda muslim. Mereka berbondong-bondong kembali kepada Allah., Ber-iltizam (konsisten) kepada undang-undang-undang-undang dan adab-adab Islam, serta mendakwahkannya. Sebelumnya, keadaan orang semacam ini (yang ber-iltizam kepada Islam), justeru dikatakan sebagai golongan mundur, ta'ashub, jumud dan ejekan-ejekan yang lain. Maka ketahuilah, sesungguhnya agama Allah berada di pertengahan antara sikap ghuluw (berlebih-lebihan) dan sikap meremehkan.

Para ulama Islam pada setiap masa pun sentiasa melarang sikap ghuluw dalam agama, disamping mereka juga selalu mengajak kepada taubat.

Adapun zaman sekarang, timbangan norma telah banyak diputar-balikkan. Hingga orang yang bertaubat dan kembali kepada Allah (yang nota bene hal ini merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh syari'at) justru disingkirkan, dengan alasan sikap berlebihan tadi. Maksudnya, supaya orang-orang menjauhi mereka dan untuk melumpuhkan dakwah ilallah. Ini jelas pemikiran jahat Yahudi. Semoga Allah membinasakan mereka.

Namun sangat aneh dan menghairankan. Kaum muslimin menerima begitu saja pemikiran tadi. Tidakkah mereka berfikir dan menolaknya?

Kesalahan Kelapan
Sebahagian suami memanggil isterinya dengan sebutan Ummul Mu'minin. Ini jelas haram.Kerana konsekwensinya panggilan tersebut ialah sang suami haruslah seorang Nabi dan isteri-isterinya adalah Ummahatul Mu'minin. Suatu kesalahan yang boleh mengakibatkan kepada kekufuran. Kerana kita harus meyakini, bahawa tidak ada nabi setelah Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam

Ada juga suami yang memanggil isterinya dengan panggilan madam, suatu panggilan ala Perancis yang dilarang. Kerana mengandungi unsur tasyabbuh (meniru-niru) kaum kuffar.

Yang benar ialah memanggil isteri dengan nama kun-yahnya seperti Ummu Abdillah, Ummu Fulan, atau dapat juga dengan panggilan zaujati (isteriku) atau ahli (keluargaku).

Wallahul hadi ila ar-rasyad.

[Disalin dari Majalah As-Sunnah Edisi 12/Tahun VI/1423H/2003M]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros

Rumahku Syurgaku

RUMAHKU SYURGAKU Abdullah Fahim et.all PENDAHULUAN Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan bangsa yang maju dan dinamik yang bersendirian kepada pembangunan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan akan berlaku kesan-kesan sampingan atau pengaruh–pengaruh negatif dari budaya asing yang boleh merosakkan anak muda, mengugut kestabilan dan kecemerlangan bangsa. Gejala mungkar yang berlaku dalam masyarakat hari ini terutama di kalangan muda mudi seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, mencuri, malas dan sebagainya adalah di antara bukti yang jelas terhadap perlunya peranan yang mesti dimainkan oleh ibu bapa. Gejala-gejala seperti kerapuhan pegangan agama, kekosongan jiwa, kekurangan daya tenaga dan pemikiran di kalangan muda mudi, krisis rumahtangga, perilaku anak-anak yang liar, tidak ada pegangan hidup, tidak menghormati orang tua, lebih suka kepada kebebasan mutlak dan keseronokan serta hanyut dalam arus pengaruh kebudayaan asing yang lebih banyak merosakka

Hukum Mengambil Gaji Tanpa Bekerja

HUKUM MENGAMBIL GAJI TANPA BEKERJA Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Saya pekerja di suatu instansi pemerintah, kadang-kadang kami dibayar upah lembur dari kantor kami tanpa menugaskan kami dengan pekerjaan di luar jam kerja dan tanpa kehadiran kami di pejabat. Mereka menganggapnya sebagai insentif pekerja di luar jam kerja, padahal pimpinan instansimengetahui dan mengakuinya. Kami mohon penjelasan, semoga Allah memberi anda kebaikan. Adakah boleh mengambil wang tersebut? Jika tidak boleh, apa yang harus saya perbuat dengan wang-wang yang telah saya terima dahulu yang telah saya pergunakan. Smoga Allah membalas anda denan kebaikan. Jawapan Jika kenyataannya seperti yang anda sebutkan, maka itu suatu kemungkaran, tidak boleh dilakukan, bahkan merupakan pengkhianatan. Yang harus dilakukan adalah mengembalikan wang yang telah anda terima dengan cara seperti itu ke bendahara negara. Jika tidak bisa, maka hendaklah anda menye