Langkau ke kandungan utama

Berdiri Untuk Menyambut Yang Datang




BERDIRI UNTUK MENYAMBUT YANG DATANG

Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Soalan.
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya: Ketika seseorang masuk, sementara kami sedang duduk di suatu majlis, para hadirin berdiri untuknya, tapi saya tidak ikut berdiri.Haruskah saya ikut berdiri, dan apakah orang-orang itu berdosa?

Jawapan
Bukan suatu keharusan berdiri untuk orang yang datang, hanya saja ini merupakan kesempurnaan etika, iaitu berdiri untuk menjawatnya (menyalaminya) dan menuntunnya, lebih-lebih bila dilakukan oleh tuan rumah dan orang-orang tertentu. Yang demikian itu termasuk kesempurnaan etika. Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah berdiri untuk menyambut Fatimah, Fatimah pun demikian untuk menyambut kedatangan beliau [1]. Para sahabat Radhiyallahu 'anhum juga berdiri untuk menyambut Sa'ad bin Mu'adz atas perintah beliau, iaitu ketika Sa'ad tiba untuk menjadi pemimpin Bani Quraizah.

Talhah bin Ubaidillah Radhiyallahu 'anhu juga berdiri dan beranjak dari hadapan Nabi Shallallahu' alaihi wa sallam ketika Ka'ab bin Malik Radhiyallahu 'anhu datang setelah Allah menerima taubatnya, hal itu dilakukan Talhah untuk menyalaminya dan mengucapkan selamat kepadanya, kemudian duduk kembali [3] . (Peristiwa ini disaksikan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan beliau tidak mengingkarinya). Hal ini termasuk di dalam kesempurnaan etika. Permasalahannya cukup fleksible.

Adapun yang mungkar adalah bediri untuk pengagungan. Namun bila sekadar berdiri untuk menyambut tetamu dan menghormatinya, atau menyalaminya atau mengucapkan selamat kepadanya, maka hal ini disyari'atkan. Sedangkan berdirinya orang-orang yang sedang duduk untuk pengagungan, atau sekadar berdiri saat masuknya orang dimaksud, tanpa maksud menyambutnya atau menyalaminya, maka hal itu tidak layak dilakukan. Yang buruk dari itu adalah berdiri untuk menghormat, sementara yang dihormat itu duduk. Demikian ini bila dilakukan bukan dalam rangka menjaganya tapi dalam rangka mengagungkannya.

Bediri Untuk Seseorang Ada Tiga Macam

Pertama.
Berdiri untuknya sebagai penghormatan, sementara yang dihormat itu dalam keadaan duduk, iaitu sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat jelata terhadap para raja dan para pembesar mereka. Sebagaimana dijelaskan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, bahawa hal ini tidak boleh dilakukan, kerana itu Nabi Shallallahu' alaihi wa sallam menyuruh para sahabatnya untuk duduk ketika beliau solat sambil duduk, beliau menyuruh mereka supaya duduk dan solat bersama beliau sambil duduk [4] . Sesuai solat beliau bersabda.

"Ertinya: Hampir saja tadi kamu melakukan seperti yang pernah dilakukan oleh bangsa Parsi dan Rom, mereka (biasa) berdiri untuk para raja mereka sementara para raja itu duduk" [5]

Kedua.
Berdiri untuk seseorang yang masuk atau keluar tanpa maksud menyambut / menghantarnya atau menyalaminya, tapi sekadar menghormati. Sikap seperti ini makruh paling minima. Para sahabat Radhiyallahu 'anhu tidak pernah berdiri untuk Nabi Shallallahu' alaihi wa sallam apabila beliau datang kepada mereka, demikian ini kerana mereka tahu bahawa beliau tidak menyukai hal itu.

Ketiga.
Berdiri untuk menyambut yang datang atau menuntunnya ke tempat atau mendudukannya di tempat duduknya dan sebagainya. Yang demikian ini tidak apa-apa, bahkan termasuk sunnah, sebagaimana yang telah dijelaskan di muka.

[Majmu 'Fatawa Ibn Baz, Juz 4, hal.396]

[Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syar'iyyah Fi Al-Masa'il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, Penyusun Khalid Al-Juraisy, Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]
__________
Foote Note
[1]. Hadis Riwayat Abu Daud dalam Al-Adab 5217, At-Tirmidzi dalam Al-Manaqib 3871
[2]. Hadis Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Jihad 3043, Muslim dalam Al-Jihad 1768
[3]. Hadis Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Maghazi 4418, Muslim dalam At-Taubah 2769
[4]. Sila lihat, di antaranya pada riwayat Al-Bukhari dalam Al-Azan 689, Muslim dalam Ash-Shalah 411 dari hadits Anas
[5]. Hadis Riwayat Muslim dalam Ash-Shalah 413 dari hadits Jabir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros

Rumahku Syurgaku

RUMAHKU SYURGAKU Abdullah Fahim et.all PENDAHULUAN Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan bangsa yang maju dan dinamik yang bersendirian kepada pembangunan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan akan berlaku kesan-kesan sampingan atau pengaruh–pengaruh negatif dari budaya asing yang boleh merosakkan anak muda, mengugut kestabilan dan kecemerlangan bangsa. Gejala mungkar yang berlaku dalam masyarakat hari ini terutama di kalangan muda mudi seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, mencuri, malas dan sebagainya adalah di antara bukti yang jelas terhadap perlunya peranan yang mesti dimainkan oleh ibu bapa. Gejala-gejala seperti kerapuhan pegangan agama, kekosongan jiwa, kekurangan daya tenaga dan pemikiran di kalangan muda mudi, krisis rumahtangga, perilaku anak-anak yang liar, tidak ada pegangan hidup, tidak menghormati orang tua, lebih suka kepada kebebasan mutlak dan keseronokan serta hanyut dalam arus pengaruh kebudayaan asing yang lebih banyak merosakka

Hukum Mengambil Gaji Tanpa Bekerja

HUKUM MENGAMBIL GAJI TANPA BEKERJA Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Saya pekerja di suatu instansi pemerintah, kadang-kadang kami dibayar upah lembur dari kantor kami tanpa menugaskan kami dengan pekerjaan di luar jam kerja dan tanpa kehadiran kami di pejabat. Mereka menganggapnya sebagai insentif pekerja di luar jam kerja, padahal pimpinan instansimengetahui dan mengakuinya. Kami mohon penjelasan, semoga Allah memberi anda kebaikan. Adakah boleh mengambil wang tersebut? Jika tidak boleh, apa yang harus saya perbuat dengan wang-wang yang telah saya terima dahulu yang telah saya pergunakan. Smoga Allah membalas anda denan kebaikan. Jawapan Jika kenyataannya seperti yang anda sebutkan, maka itu suatu kemungkaran, tidak boleh dilakukan, bahkan merupakan pengkhianatan. Yang harus dilakukan adalah mengembalikan wang yang telah anda terima dengan cara seperti itu ke bendahara negara. Jika tidak bisa, maka hendaklah anda menye