MENGUMPAT TERMASUK FAKTOR KEBENCIAN DAN PERMUSUHAN
Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Soalan
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya: Sebahagian orang-semoga Allah menunjuki mereka-tidak menganggap gunjingan sebagai perkara mungkar atau haram. Ada juga yang mengatakan. "Jika yang anda katakan itu memang benar terdapat pada seseorang, maka gunjingan itu tidak haram". Mereka tidak memperdulikan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Saya mohon Syaikh yang mulia berkenan menjelaskannya. Jazakumullah khairan
Jawapan
Mengumpat hukumnya haram dan termasuk berdosa besar, baik aib yang digunjingkan itu benar-benar ada pada diri seseorang mahupun tidak ada, hal ini berdasarkan ketetapan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa ketika beliau ditanya tentang mengumpat beliau bersabda.
"Ertinya: Engkau membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak suka (bila itu dibicarakan)"
Ada yang bertanya, "Bagaimana bila yang aku katakan itu memang benar ada pada saudaranya?" Beliau menjawab.
"Ertinya: Jika memang benar bahawa yang kau katakan itu ada padanya, bererti engkau telah menggunjingnya, jika itu tidak ada padanya, bererti engkau telah berdusta tentangnnya" [1]
Didirwayatkan pula dari beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam, bahawa pada malam Isra beliau melihat suatu kaum dengan kuku-kuku yang diperbuat dari kuningan, mereka mencakar-cakar wajah dan dada mereka dengan kuku-kuku tersebut, lalu beliau menanyakan tentang mereka, kemudian dijawab bahawa mereka itu adalah orang-orang yang memakan daging manusia dan merosakkan kehormatan sesama manusia [2]. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
"Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani "[Hujurat: 12]
Maka setiap muslim dan muslimah hendaknya waspada terhadap gunjingan dan saling menasihati untuk meninggalkannya, hal ini sebagai bentuk ketaatan terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya Shallallahu 'alaihi wa sallam. Lain dari itu hendaknya pula bercita-cita untuk menutup aib saudaranya sesama muslim dan tidak mendedahkan aib mereka, kerana gunjingan itu termasuk faktor kebencian, permusuhan dan perpecahan masyarakat. Semoga Allah menunjukkan kaum muslimin kepada kebaikan.
[Syaikh Ibnu Baz, Majalah Ad-Da'wah, nombor 1170]
[Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syar'iyyah Fi Al-Masa'il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, Penyusun Khalid Al-Juraisy, Penerbit Darul Haq]
__________
Foote Note
[1]. Hadis Riwayat Muslim dalam Al-Birr Wash Shilah (2589)
[2]. Hadis Riwayat Abu Daud dalam Al-Adab (4878), Ahmad (3 / 224)
Ulasan
Catat Ulasan