Langkau ke kandungan utama

Tidur Dalam Sunnah


TIDUR DALAM SUNNAH

Tidur Sebagai Satu Diantara Tanda Kekuasaan Allah Azza wa Jalla.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

ومن ءاياته منامكم بالليل والنهار وابتغآؤكم من فضله إن في ذلك لأيات لقوم يسمعون

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya adalah tidurmu diwaktu malam dan siang hari serta usahamu mencari sebagian dari karuniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar". [Ar-Rum: 23]

Syaikh Abdur Rahman Bin Nashir As Sa'di berkata ketika menafsirkan ayat di atas, "Tidur merupakan satu bentuk dari rahmat Allah sebagaimana yang Ia firmankan.

ومن رحمته جعل لكم الليل والنهار لتسكنوا فيه ولتبتغوا من فضله ولعلكم تشكرون

"Dan kerana rahmatNya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang, supaya kamu berehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karuniaNya (pada siang hari) dan supaya kamu bersyukur". [Al-Qashahs: 73].

Maka berdasarkan kesan buruk daripada kesempurnaan hikmahNya, Dia menjadikan seluruh aktiviti makhluk berhenti pada suatu masa (yakni pada malam hari) supaya mereka berehat pada waktu tersebut, dan kemudian mereka berpencar pada waktu yang lain (yakni pada siang hari) untuk berusaha mendapatkan kemashlatan dunia dan akhirat . Hal yang demikian itu tidak akan sempurna berlangsung kecuali dengan adanya pergantian siang dan malam.Dan Zat Yang Maha Kuasa menetapkan semua itu tanpa bantuan siapapun, Dialah yang berhak disembah "[1]

Jadi tidak hanya sebagai rutintas semata-mata, tidur juga merupakan satu wujud dari rahmatNya nan luas dan kemahakuasanNya yang sempurna. Padanya disimpan hikmah dan kemashlahatan bagi para makhluk. Tidur juga merupakan satu simbol akan kekuasaanNya untuk membangkitkan makhluk selepas Ia mematikan mereka.

Setidaknya tidur mempunyai dua manfaat penting, sebagaimana yang dituturkan Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Zaadul Maad.

Pertama: Untuk menenangkan dan merehatkan tubuh setelah beraktivitas. Sebagaimana firman Allah.

وجعلنا نومكم سباتا

"Dan Kami jadikan tidur kamu untuk berehat". [An-Naba: 9]

Kedua: Untuk menyempurnakan proses pencernaan makanan yang telah masuk ke dalam tubuh. Kerana pada waktu tidur, panas alami badan meresap ke dalam tubuh sehingga membantu mempercepatkan proses pencernaaan.

TELADAN RASULULLAH DALAM MASALAH TIDUR
Pola tidur seseorang memiliki sumbangan cukup penting bagi aktivitinya secara keseluruhan.

Kebiasaan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang waktu tidur adalah teladan terbaik.Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah tidur melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh, tidak juga menahan diri untuk berehat sesuai keperluan. Inilah prinsip pertengahan yang Beliau ajarkan. Selaras dengan fitrah manusia. Jauh dari sikap ifrath (berlebih-lebihan) ataupun tafrith (mengurangkan atau meremehkan).

Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam biasa tidur pada awal malam dan bangun pada pertengahan malam. Pada sebahagian daripada dijelaskan, Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tidur berbaring di atas rusuk kanan Baginda. Terkadang Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tidur terlentang dengan meletakkan salah satu kakinya di atas yang lain. Sesekali Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam letakkkan telapak tangannya di bawah pipi kanan Beliau.Kemudian Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam berdoa. Satu catatan penting juga, Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah tidur dalam keadaan perut penuh berisi makanan.

Diantara doa yang Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam ajarkan untuk dibaca sebelum tidur adalah sebagaimana yang tertuang dalam hadis berikut.

عن البراء بن عازب, أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: ((إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة, ثم اضطجع على شقك الأيمن, ثم قل: اللهم إني اسلمت نفسي إليك, ووجهت وجهي إليك, و فوضت أمري إليك و ألجأت ظهري إليك رغبة و رهبة إليك لا ملجأ و لا منجا منك إلا إليك, أمنت بكتابك الذي أنزلت و بنبيك الذي أرسلت و اجعلهن آخر كلامك فإن مت من ليلتك مت على الفطرة))

"Dari al-Bara bin Azib, bahawa Rasululah bersabda," Jika engkau hendak menuju pembaringanmu, maka berwudhulah seperti engkau berwuduk untuk solat, kemudian berbaringlahlah di rusukmu sebelah kanan lalu ucapkanlah doa: "Ya Allah sesungguhnya aku menyerahkan jiwaku hanya kepadaMu, kuhadapkan wajahku kepadaMu, kuserahkan segala urusanku hanya kepadamu, kusandarkan punggungku kepadaMu semata-mata, dengan harap dan cemas kepadaMu, aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan, dan kepada nabi yang Engkau utus "dan hendaklah engkau jadikan doa tadi sebagai penutup dari pembicaranmu malam itu. Maka jika enkau meninggal dunia pada malam itu nescaya engkau meninggal di atas fitrah "[2]

Berkenaan dengan hadis di atas, Syaikh Salim Al-Hilali berkomentar, "Lafazh-lafaz doa merupakan hal yang bersifat tauqifiyah (tidak boleh ditetapkan kecuali dengan dalil), lafaz tersebut mempunyai kekhususan tersendiri dan rahsia-rahsia yang tidak dapat dimasuki oleh qiyas. Maka wajib menjaga lafaz tersebut seperti apa yang datang dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Oleh kerana itu ketika al-Bara tersalah mengucapkan, "و برسولك الذي أرسلت" Maka Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam membetulkannya dengan berkata, "Bukan begitu [3], و بنبيك الذي أرسلت"

Posisi berbaring seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas adalah kedudukan tidur terbaik yang sangat bermanfaat bagi tubuh. Kerana pada kedudukan condong ke kanan, makanan berada dalam perut dengan stabil sehingga proses pencernaan berlangsung lebih berkesan.

Adapun tentang posisi tidur yang dilarang, hadis berikut akan menjelaskan kepada kita.

عن يعيش بن طخفة الغفاري رضي الله عنه قال: قال أبي بينما أنا مضطجع في المسجد على بطني إذا رجل يحركني برجله فقال ((إن هذه ضجعة يبغضها الله)) قال فنظرت, فإذا رسول الله

"Dari Ya'isy bin Thihfah ia berkata," Ayahku berkata, "Ketika aku berbaring (menelungkup) di atas perutku di dalam masjid, tiba-tiba ada seseorang yang menggoyangkan tubuhku dengan kakinya lantas ia berkata," Sesungguhnya cara tidur seperti ini dibenci Allah "Ia berkata," Akupun melihatnya ternyata orang itu adalah Rasululullah "[4]

Syaikh Salim Al-Hilali menandaskan dalam Bahjatun Nazhirin, tidur menelungkup di atas perut adalah haram hukumnya. Ia juga merupakan cara tidur ahli neraka.

Dan dalam hadis lain Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam juga melarang kita tidur dengan posisi sebahagian tubuh terkena matahari dan sebahagiannya lagi tidak.

Dari Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda.

إذ كان أحدكم في الشمس فقلص عنه الظل, فصار بعضه في الشمس و بعضه في الظل فليقم

"Jika salah seorang diantara kamu berada di bawah matahari, kemudian bayangan beringsut darinya sehingga sebahagian tubuhnya berada di bawah matahari dan sebahagiannya lagi terlindung bayangan, maka hendaklah dia berdiri (maksudnya tidak tetap berada di tempat tersebut)" [5]

Tentang tidur siang, sebahagian ulama ada yang membaginya ke dalam tiga kategori:

Pertama: Tidur siang pada tengah hari saat matahari bersinar terik. Tidur ini biasa dilakukan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Kedua: Tidur pada waktu dhuha. Tidur ini sebaiknya ditinggalkan, kerana membuat kita malas serta lalai untuk berusaha meraih kemashlatan dunia dan akhirat

Ketiga: Tidur pada waktu Asar. Ini merupakan waktu tidur yang paling jelek.

Sebahagian salaf juga membenci tidur waktu pagi. Ibnu Abbas pernah mendapati puteranya tidur pada pagi hari, lantas ia berkata kepadanya, "Bangunlah, apakah engkau tidur pada saat rezeki diedar?"

Oleh kerana itu sebaiknya tidur pagi ini ditinggalkan kecuali kerana ada satu alasan yang menuntut. Kerana tidur pagi ini memberikan kesan negatif bagi tubuh berupa tertimbunnya sisa-sisa makanan di dalam perut yang seharusnya terurai dengan bersenam juga menimbulkan pelbagai penyakit.

Di atas telah disinggung bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tidur pada awal malam dan bangun pada pertengahan malam. Beliau bangun ketika mendengar ayam jantan berkokok dengan memuji Allah dan berdoa.

الحمد الله الذي أحيانا بعد ما أماتنا و إليه النشور

"Segala puji bagi Allah Yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadanya seluruh makhluk kan dibangkitkan" [6]

Lalu Baginda bersiwak kemudian berwuduk dan solat. Satu tatacara yang memberikan hak bagi fizikal serta jiwa manusia sekaligus. Kerana rehat yang cukup akan memulihkan kekuatan tubuh dan menopang kita agar dapat beraktivitas dan beribadah dengan baik.Adapun solat, merupakan aktiviti ritual yang akan memberikan ketenangan bagi jiwa.

Dalam satu hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

من تعار من الليل فقال حين يستيقظ: لا إله الله وحده لا شريك له, له الملك و له الحمد يحيي و يميت, بيده الخير و هو على كل شيء قدير, سبحان الله و الحمد لله ولا إله إلا الله و الله أكبر و لا حول و لا قوة إلا بالله, ثم قال: اللهم اغفر لي أودعا استجيب له, فإن قام فتوضأ ثم صلى قبلت صلاته

"Barangsiapa bangun pada malam hari, kemudian ia berdoa," Tiada illah yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu baginya, milikNyalah segala kerajaan dan pujian, Yang Maha menghidupkan dan mematikan, di tangannyalah segenap kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagiNya dan tiada illah yang berhak disembah kecuali Allah, Allah Maha Besar, tiada daya serta upaya melainkan dengan pertolongan Allah "kemudian setelah itu berdoa," Ya Allah ampunilah aku "ataupun doa yang selain itu, nescaya dikabulkan doanya. Kemudian apabila ia bangkit berwudhu lalu solat maka akan diterima solatnya, "[7]

Sekiranya kita mengkaji lembar-lembar sunnah nescaya kita kan mendapatkan petunjuk Rasulullah yang sempurna bagi umatnya. Tidak akan ada yang mengingkarinya kecuali orang yang memiliki sifat nifaq dan hasad dalam hatinya. Beliau telah memberikan teladan bagaimana kita meraih keredhaan ilahi dalam setiap detik dari hidup kita, walaupun dalam masalah tidur.
Maka sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
.
Wallahu a'lamu bishshawab
Amatullah

Maraji:
1. Alquranul Azhiem berikut terjemahannya
2. Zaadul Ma'ad
3. Riyadush shalihin
4. Bahjatun Nazhirin

[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 04/Tahun VII/1424H/2003)

Footnote
[1]. Taisir Karimir Rahman 2 / 402 dengan rigkas
[2]. HR al-Bukhari 11/93, 95 dan Muslim (2710)
[3]. Bahjatun Nazhirin hal 106
[4]. HR Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad
[5]. HR Abu Daud (4821), Ahmad 2 / 383
[6]. HR al-Bukhari
[7]. HR Al Bukhari dan selain beliau

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros

Rumahku Syurgaku

RUMAHKU SYURGAKU Abdullah Fahim et.all PENDAHULUAN Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan bangsa yang maju dan dinamik yang bersendirian kepada pembangunan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan akan berlaku kesan-kesan sampingan atau pengaruh–pengaruh negatif dari budaya asing yang boleh merosakkan anak muda, mengugut kestabilan dan kecemerlangan bangsa. Gejala mungkar yang berlaku dalam masyarakat hari ini terutama di kalangan muda mudi seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, mencuri, malas dan sebagainya adalah di antara bukti yang jelas terhadap perlunya peranan yang mesti dimainkan oleh ibu bapa. Gejala-gejala seperti kerapuhan pegangan agama, kekosongan jiwa, kekurangan daya tenaga dan pemikiran di kalangan muda mudi, krisis rumahtangga, perilaku anak-anak yang liar, tidak ada pegangan hidup, tidak menghormati orang tua, lebih suka kepada kebebasan mutlak dan keseronokan serta hanyut dalam arus pengaruh kebudayaan asing yang lebih banyak merosakka

Hukum Mengambil Gaji Tanpa Bekerja

HUKUM MENGAMBIL GAJI TANPA BEKERJA Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Saya pekerja di suatu instansi pemerintah, kadang-kadang kami dibayar upah lembur dari kantor kami tanpa menugaskan kami dengan pekerjaan di luar jam kerja dan tanpa kehadiran kami di pejabat. Mereka menganggapnya sebagai insentif pekerja di luar jam kerja, padahal pimpinan instansimengetahui dan mengakuinya. Kami mohon penjelasan, semoga Allah memberi anda kebaikan. Adakah boleh mengambil wang tersebut? Jika tidak boleh, apa yang harus saya perbuat dengan wang-wang yang telah saya terima dahulu yang telah saya pergunakan. Smoga Allah membalas anda denan kebaikan. Jawapan Jika kenyataannya seperti yang anda sebutkan, maka itu suatu kemungkaran, tidak boleh dilakukan, bahkan merupakan pengkhianatan. Yang harus dilakukan adalah mengembalikan wang yang telah anda terima dengan cara seperti itu ke bendahara negara. Jika tidak bisa, maka hendaklah anda menye