SIHAT DENGAN PUASA
Bulan Ramadhan yang penuh berkah menyimpan banyak manfaat bagi kaum muslimin yang menjalankan puasa ramadhan. Salah satu manfaat yang dapat diraih, ialah sehatnya badan dengan berpuasa. Banyak orang telah membuktikan, badan terasa lebih sihat dan bugar ketika menjalanan puasa, orang-orang yang sedang sakit pun tidak ketinggalan ikut merasakan manfaatnya, iaitu penyakitnya membaik dan dapat dikawal. Dengan berpuasa ternyata banyak keuntungan yang diperolehi tubuh, yang tidak didapati ketika seseorang sedang tidak menjalankan puasa.
PENYAKIT DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN PUASA
1. Sakit maag.
Seseorang dengan sakit maag kerana kelainan fungsi, pola makannya akan lebih teratur selama puasa Ramadhan. Pada saat sahur dan berbuka, ia akan mengelakkan snek-snek yang mengandungi coklat, keju, makanan berlemak dan berminyak; yang dalam hal ini baik bagi penyembuhan sakit maagnya. Selain mengambil makanan ringan yang kurang sihat untuk perut, selama berpuasa juga akan mengurangkan minuman yang mengandung soda, kopi dan alkohol serta merokok. Selama berpuasa, ia juga akan lebih mengawal diri, terutama mengendalikan stres, yang merupakan faktor dominan dalam menimbulkan gangguan pada lambung pesakit gastrik kerana kelainan berfungsi. Makan secara teratur disertai berkurangnya pengambilan makanan snek dan minuman yang tidak sihat untuk perut, serta mengendalikan diri dari stres, merupakan faktor penting yang membuat keadaan pesakit gastrik membaik selama menjalankan ibadah puasa Ramadhan.
2. Kegemukan, kencing manis, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan asam urat.
Selama puasa Ramadhan akan terjadi pengurangan pengambilan makanan, sehingga kita dapat mengurangkan berat badan sekitar 5%. Penelitian membuktikan, pengambilan kalori orang yang berpuasa akan berkurangan selama menjalankan puasa, dan ini akan mengawal berat badannya. Pelbagai penyakit metabolik, seperti kegemukan (obesiti), penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus / DM), kadar kolesterol dan trigliserida tinggi (dislipidemia), tekanan darah tinggi (hipertensi) dan kadar asam urat tinggi (hiperurisemia), akan lebih baik dan terkawal jika seseorang yang mengalami penyakit tersebut dapat mengendalikan berat badannya. Puasa Ramadhan merupakan kesempatan yang baik bagi mereka dengan penyakit kronik ini untuk mengendalikan penyakitnya.
3. Penyakit sendi.
Seseorang yang mengalami gangguan pada sendi berupa pengapuran (osteoartritis), terutama pada sendi lutut dan sendi tulang belakang, maka dengan terjadinya pengurangan berat badan, juga akan membantu memperbaiki gangguan sendi yang terjadi. Jelaslah, jika puasa Ramadhan dilaksanakan dengan baik, maka berat badan dapat dikawal dan dikurangkan, sehingga akan memperbaiki keadaan penyakit kronik yang ada. Tetapi tentunya, hal ini dapat terwujud jika kaedah-kaedah selama puasa dapat dilaksanakan dengan baik, iaitu tidak makan dan minum yang berlebih-lebihan, serta banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran, serta melakukan aktiviti sukan ringan. Salah satu aktiviti fizikal yang sangat baik, iaitu melaksanakan solat tarawih yang bermanfaat membantu membakar lemak di dalam tubuh jika dilakukan secara rutin. Solat malam mempunyai manfaat meningkatkan perubahan respon ketahanan tubuh imunologi. Iaitu ketika solat malam dilakukan dengan tepat, khusyuk, ikhlas, dan berterusan (terus-menerus). Solat malam juga mampu menurunkan sekresi (pengeluaran) hormon kortisol, iaitu hormon yang digunakan sebagai tolak ukur stress dan homeostasis tubuh.
MENGATUR POLA MAKAN DENGAN BIJAKSANA
Ada beberapa perkara yang perlu diketahui, supaya makanan yang kita makan selama bulan puasa dapat menyihatkan badan dan bukan sebaliknya. Hal-hal berikut ini, hendaklah perlu dilaksanakan untuk mengatur pola makan selama bulan puasa.
1. Perbanyak pengambilan makanan berserat, dan jangan makan berlebihan saat sahur.
Sahur sangat penting untuk menyokong kelancaran ibadah puasa. Makanan yang dimakan saat sahur, akan menjadi cadangan tenaga selama berpuasa. Oleh kerana itu, usahakan tidak meninggalkan sahur ketika akan berpuasa, kerana juga terdapat berkah dalam makan sahur. Dalam hadis dari Anas Ibnu Malik rahimahullah, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Makan sahurlah kalian, kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada berkahnya". (Muttafaqun 'alaih).
Makanan berserat akan melancarkan proses pengeluaran racun dari dalam tubuh dan dapat mengurangkan konsentrasi radikal bebas dalam tubuh, hingga sel-sel tubuh menjadi lebih segar dan elastik. Disamping itu, hendaklah tidak makan berlebihan saat sahur, kerana ini boleh menyebabkan melonjaknya kadar gula dalam darah, serta merangsang keluarnya hormon insulin secara berlebihan. Hormon insulin ini akan mengangkut gula darah ke seluruh jaringan tubuh badan bagi diubah menjadi glikogen atau lemak. Apabila kita makan terlalu banyak, maka glikogen dan lemak yang dihasilkan juga berlebihan. Padahal, lemak yang berlebihan sukar diuraikan menjadi gula darah kembali. Akibatnya, seseorang yang makan berlebihan saat sahur tidak bertambah segar, tetapi justru semakin merasa lesu.
2. Perbanyak mengambil air.
Usahakan tetap mengambil air lapan gelas setiap hari. Caranya, antara lain dengan meminum sekitar 2 gelas saat buka puasa, lalu setelah tarawih hingga menjelang tidur, minum lagi sebanyak 3-4 gelas. Sedangkan pada saat sahur, kita boleh minum sebanyak 2 gelas lagi. Minum air tidak selalu berarti air putih saja, tetapi minum teh, susu, buah, bahkan kuah sayur juga termasuk dalam jumlah air yang kita makan.
3. Berbuka puasa secara sihat.
Segerakan berbuka ketika waktunya telah tiba, seperti disebutkan dalam salah satu hadis daripada Sahal Ibnu Sa'ad Radhiyallahu 'anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda: "Orang-orang akan tetap dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka". [Muttafaqun 'alaih].
Syari'at Islam yang sempurna telah mengajar supaya tidak memberat-beratkan diri dengan menunda berbuka puasa, padahal waktunya telah tiba. Kerana hal ini akan memberi kesan buruk pada kesihatan, terutama pada organ perut.
Pada saat berbuka puasa, sebaiknya tidak langsung makan dan minum terlampau banyak. Berbuka puasa dengan makanan berat dalam jumlah yang banyak, justeru memberatkan kerja lambung yang sudah dibiarkan berehat sekitar 12 jam. Jangan sampai menjadikan waktu berbuka puasa sebagai ajang "balas dendam" setelah seharian menahan lapar dan haus. Elakkan langsung meminum air ais atau minuman sejuk, kerana hal ini boleh menekan rasa lapar. Sebaiknya makan dan minum yang manis saat berbuka (disunnahkan berbuka dengan kurma), dan makan makanan ringan yang mudah dicerna. Setelah kadar gula darah beransur-ansur kembali normal, lakukan solat Maghrib. Selang setengah jam kemudian, makanlah menu lengkap secukupnya. Setelah solat tarawih, anda boleh makan lagi, jika masih merasa lapar. Bagi para ibu rumah tangga, menyajikan menu berbuka bagi keluarga tentu sangat menyenangkan. Dan alangkah lebih bijaksana, jika para ibu menyiapkan menu yang sihat dan berkhasiat untuk menunjang kelancaran ibadah puasa seluruh anggota keluarga.
MAKANAN TAMBAHAN SELAMA PUASA
Setiap orang tentu menginginkan boleh tetap aktif saat puasa dan tetap fit sepanjang hari. Dengan alasan itu, muncul kecenderungan untuk mengambil suplemen vitamin. Namun perlu diingat, vitamin bukanlah makanan pengganti (subtitusi). Yang penting, kita harus makan makanan sihat dan berkhasiat, sehingga keperluan vitamin tercukupi lewat makanan yang berbeza. Kita, hendaklah tidak meminum vitamin sembarangan, tetapi rujuk dulu kepada doktor. Sebahagian besar orang tidak mengetahui berapa keperluan dirinya dengan vitamin dan mineral. Padahal ada vitamin-vitamin yang larut dalam lemak, seperti vitamin A, D, E, serta K, yang jika diambil berlebihan akan disimpan dalam tubuh dan boleh berbahaya bagi metabolism tubuh.
Kita tahu makanan alami tentu saja lebih selamat. Karbohidrat diperoleh dari nasi, kentang, mie, jagung, dan lain-lain, yang biasanya dijadikan menu makanan pokok. Sementara sumber protein dijumpai dalam makanan, seperti daging, ikan, tempe, tahu, ayam, dan sebagainya. Sedangkan sumber vitamin dan mineral ada pada sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, hijau tua, atau merah.
Bersenam SELAMA PUASA
Keadaan fizikal seseorang yang sedang berpuasa memang cenderung lemas kerana menahan lapar dan haus. Namun demikian, hal itu bukan menjadi alasan untuk tidak bersenam. Bagaimana pun, sukan itu penting untuk menjaga kesihatan dan vitalitas tubuh. Satu hal yang perlu diingat, semua harus dirancang, sehingga tidak menimbulkan kesan-kesan buruk bagi tubuh.
Bagi orang yang terbiasa bersenam kemudian berhenti mendadak kerana puasa, justeru boleh menimbulkan masalah. Minimalnya, otot tubuh yang semula sudah terbentuk jadi merosot lagi. Biasanya seseorang yang terbiasa bersenam mempunyai selera makan yang bagus. Sehingga bila tiba-tiba berhenti bersenam tidak akan ada lagi pembakaran glikogen. Akibatnya, berat badan akan naik dan mudah diserang penyakit. Oleh kerana itu, pada saat puasa usahakan untuk tetap bersenam. Olah raga yang sifatnya aerobic merupakan jenis sukan yang baik semasa bulan puasa. Seseorang yang berpuasa tidak digalakkan bersenam sampai tenaganya terkuras habis, atau sampai badan menjadi lelah. Melakukan olah raga yang ringan sahaja sudah cukup, seperti jogging atau senam.
Idealnya, olah raga dilaksanakan dua jam selepas berbuka puasa. Pada saat itu, perut sudah mulai kosong. Sebab, olah raga yang dilakukan dalam keadaan perut penuh, hasilnya ialah kurang bagus. Olah raga juga boleh dilakukan satu jam atau 30 minit sebelum waktu berbuka, supaya pada saat waktu berbuka tiba, kita boleh segera minum untuk menghilangkan dahaga. Sebaliknya, kurang tepat apabila olah raga dilakukan setelah makan sahur kerana perut dalam keadaan kenyang. Disamping mengganggu organ pencernaan, olah raga selepas makan sahur juga melelahkan dan menimbulkan rasa haus.
PENUTUP
Demikianlah, penjelasan singkat seputar puasa dan kesihatan. Tentunya kita perlu mempersiapkan diri untuk menyambut bulan Ramadhan. Keadaan tubuh yang fit, insya Allah akan semakin menunjang kelancaran ibadah puasa. Siapakah yang tidak ingin bertambah sihat selepas menjalankan ibadah puasa, apalagi ditambah dengan sembuhnya penyakit-penyakit yang diderita?! Kita hendaklah berusaha menjalankan puasa secara sihat, baik ketika makan sahur, beraktiviti selama puasa, dan saat berbuka puasa.
Selamat menjalankan ibadah puasa. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta'ala senantiasa melimpahkan nikmat kesihatan pada kita semua. (Dr. Avie Andriyani)
Ulasan
Catat Ulasan