Langkau ke kandungan utama

Perceraian dan Perpisahan

 Perceraian dan Perpisahan


Pengenalan

Perceraian adalah jalan atau langkah terakhir yang diambil oleh sebuah pasangan dalam menamatkan ikatan yang terjalin iaitu ikatan perkahwinan. Perceraian atau perpisahan adalah fenomena yang boleh berlaku tanpa diduga. Ia boleh terjadi tanpa mengira berapa lama tempoh sesebuah perkahwinan itu terjalin. Tempoh 3 tahun di awal perkahwinan adalah satu tempoh yang kritikal di mana pasangan belajar memahami dan menerima kelemahan dan kekurangan pasangan mereka. Statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2010 menunjukkan setiap tahun perceraian berlaku di antara 2,700 hingga 3,700 kes.

Definisi

Perceraian bermakna memutuskan pertalian di dalam perkahwinan. Ia juga bermaksud membuka atau melepaskan ikatan perkahwinan. Dalam istilah agama, ia bermaksud talak atau cerai. Kehidupan moden hari ini banyak menjuruskan pasangan ke lembah perceraian. Dalam konteks Agama Islam perceraian amat dibenci oleh ALLAH SWT. Walau bagaimanapun seandainya perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi maka menamatkan perkahwinan tersebut adalah jalan yang terbaik bagi pasangan tersebut. Haruslah diingat, bahawa perceraian yang terjadi haruslah dilakukan dengan suasana paling aman dan terkawal.

Kehidupan manusia zaman serba marcapada ini telah menghapuskan keharmonian alam rumahtangga dan menyebabkan pisah ranjang ini mudah berlaku. Sikap egosentris menyebabkan individu-individu moden ini melupakan nilai-nilai agama dalam perkahwinan mereka.

Punca – punca Perceraian

Terdapat banyak faktor dan punca yang boleh menyebabkan satu –satu perkahwinan terbubar atau terlerai. Antara punca-punca tersebut adalah :-

  1. Kelemahan dalam komunikasi
  2. Komunikasi adalah satu kemestian dalam perkahwinan. Komunikasi yang harmoni menjadikan perkahwinan tersebut lebih bahagia dan saling memahami. Namun begitu, kealpaan dalam komunikasi menjadikan perkahwinan tersebut hambar dan tiada roh. Komunikasi yang lemah boleh membuatkan pasangan salah sangka terhadap sesuatu isu yang menyebabkan perbalahan. Perbalahan yang berpanjangan dan tidak terkawal akan mencetuskan perceraian.

  3. Pengurusan dan masalah kewangan
  4. Masalah kewangan selalunya menjadi isu terbesar di dalam perkahwinan. Ia menjadi lebih rumit bila pasangan berbelanja melebihi dari pendapatan yang diperoleh. Situasi ini akan menjadi lebih tidak terkawal apabila pasangan tersebut mempunyai hutang yang banyak dan tidak dapat menampung hutang tersebut dengan berhemah. Masalah kewangan yang runcing ini boleh mencetuskan konflik sehingga mencetuskan perpisahan.

  5. Kurang pendedahan dan pengetahuan mengenai ilmu perkahwinan
  6. Ramai pasangan yang berkahwin hanya kerana mereka ingin berkahwin. Mereka tidak pernah mempelajari ilmu perkahwinan bagi melahirkan perkahwinan yang bahagia. Ini menyebabkan pasangan tersebut tidak mengetahui bagaimana untuk mengendalikan konflik yang berlaku dalam rumahtangga mereka.

  7. Tiada sefahaman
  8. Kebanyakan pasangan tidak mengira budaya dan stail kehidupan mereka sebelum berkahwin. Tetapi, selepas berkahwin mereka mula menyalahkan satu sama lain dan sering menuding jari antara mereka. Perbalahan ini akhirnya membawa kepada perceraian.

  9. Masalah seksual
  10. Mengikut Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 2011, masalah seksual adalah antara punca perceraian tertinggi di Selangor. Ini diakui oleh Lembaga Pembangunan, Penduduk, Perancangan dan Keluarga Negara yang mengatakan bahawa masalah seksualiti dalam kalangan pasangan di Malaysia merupakan punca perceraian. Masalah seksual tersebut adalah seperti pra ejukulasi dan mati pujuk. Masalah seksual yang serius dan tidak dirawat boleh menyebabkan perceraian berlaku dalam rumahtangga.

  11. Tidak mengerti tanggungjawab
  12. Ada pasangan yang berkahwin tetapi tidak mengetahui apakah tanggungjawab mereka sebagai suami dan isteri. Mereka masih lagi mengamalkan cara hidup seperti mereka masih lagi bujang dan masih berpoya-poya dengan rakan-rakan tanpa memikirkan kehendak pasangan masing-masing.

Kesan Psikologikal

Perceraian boleh mengakibatkan implikasi yang besar terhadap pasangan dan anak-anak dalam keluarga tersebut. Berbagai permasalahan akan timbul apabila berlaku perceraian diantara suami dan isteri. Perceraian juga cenderung membawa kesan negatif kepada corak atau gaya keibubapaan keluarga. Sebahagian dari kesan-kesan perceraian adalah:

 
Rajah 1 : Kesan Psikologikal Terhadap Pasangan
 
 
 
 
Rajah 2: Kesan Psikologikal Terhadap Anak
 
 
 

Rumusan

Perceraian mahu pun perpisahan adalah satu tragedi yang boleh berlaku di alam perkahwinan. Rentetan dari kejadian ini boleh menjadi satu trauma emosi seandainya individu tersebut tidak dapat mengawal dan tidak tahu cara untuk mengatasinya. Perceraian dan perpisahan yang berlaku antara ibu dan bapa boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak sehingga membantutkan proses pendewasaan kanak-kanak itu sendiri.

Semakan Akhir:11 November 2013
Writer:Pn. Fariz Sakina Bt. Abdullah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hati-Hati Pengguna Bahan Penambah Perisa Makanan

HATI-HATI PENGGUNA BAHAN PENAMBAH PERISA MAKANAN Allah sudah memberi petunjuk melalui utusanNya, Nabi Muhammad dalam Al Quran, mengenai keperluan pokok manusia berupa makanan. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan kaedah cara hidup sihat dengan memerintahkan agar manusia memilih makanan yang baik dan halal, seperti yang dinyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 168: ياأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi" Kita semestinya bersyukur atas panduan ini. Sudah jelas, Allah mengarahkan kepada yang terbaik, tidak akan menjerumuskan umatNya. Manusia itu sendiri yang benar-benar lalai dan mengikuti hawa nafsu. Bergesernya pola hidup manusia yang cenderung konsumtif, ingin serba mudah, lebih segera, yang penting enak dirasa oleh lidah tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal muncul dari kebiasaan yang keliru. Tanpa disedari, makanan yang lazat dinikmati, akhirnya meros

Rumahku Syurgaku

RUMAHKU SYURGAKU Abdullah Fahim et.all PENDAHULUAN Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan bangsa yang maju dan dinamik yang bersendirian kepada pembangunan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan akan berlaku kesan-kesan sampingan atau pengaruh–pengaruh negatif dari budaya asing yang boleh merosakkan anak muda, mengugut kestabilan dan kecemerlangan bangsa. Gejala mungkar yang berlaku dalam masyarakat hari ini terutama di kalangan muda mudi seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, mencuri, malas dan sebagainya adalah di antara bukti yang jelas terhadap perlunya peranan yang mesti dimainkan oleh ibu bapa. Gejala-gejala seperti kerapuhan pegangan agama, kekosongan jiwa, kekurangan daya tenaga dan pemikiran di kalangan muda mudi, krisis rumahtangga, perilaku anak-anak yang liar, tidak ada pegangan hidup, tidak menghormati orang tua, lebih suka kepada kebebasan mutlak dan keseronokan serta hanyut dalam arus pengaruh kebudayaan asing yang lebih banyak merosakka

Hukum Mengambil Gaji Tanpa Bekerja

HUKUM MENGAMBIL GAJI TANPA BEKERJA Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Soalan Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: Saya pekerja di suatu instansi pemerintah, kadang-kadang kami dibayar upah lembur dari kantor kami tanpa menugaskan kami dengan pekerjaan di luar jam kerja dan tanpa kehadiran kami di pejabat. Mereka menganggapnya sebagai insentif pekerja di luar jam kerja, padahal pimpinan instansimengetahui dan mengakuinya. Kami mohon penjelasan, semoga Allah memberi anda kebaikan. Adakah boleh mengambil wang tersebut? Jika tidak boleh, apa yang harus saya perbuat dengan wang-wang yang telah saya terima dahulu yang telah saya pergunakan. Smoga Allah membalas anda denan kebaikan. Jawapan Jika kenyataannya seperti yang anda sebutkan, maka itu suatu kemungkaran, tidak boleh dilakukan, bahkan merupakan pengkhianatan. Yang harus dilakukan adalah mengembalikan wang yang telah anda terima dengan cara seperti itu ke bendahara negara. Jika tidak bisa, maka hendaklah anda menye