MENGINGATI MATI Oleh Ustadz Abu Isma'il Muslim Al Atsari Jika anda pernah mendengar kisah mengenai orang-orang yang hidup kekal di dunia ini, sesungguhnya itu hanya dongeng yang batil. Sebahagian orang beranggapan ada orang-orang yang hidup kekal di dunia ini, seperti Khidhir q, Dzulqarnain atau lainnya. Keyakinan seperti ini tidak dikenal dalam Islam. Kerana, tidak ada manusia yang hidup kekal di dunia ini. Kematian, sesungguhnya merupakan hakikat yang menakutkan, akan menghampiri semua manusia. Tidak ada yang mampu menolaknya. Dan tidak ada seorang pun kawan yang mampu menahannya. Kematian datang berulang-ulang, menjemput setiap orang, orang tua dan anak-anak, orang kaya mahupun orang miskin, orang kuat mahupun orang lemah. Semuanya menghadapi kematian dengan sikap yang sama, tidak ada kemampuan menghindarinya, tidak ada kekuatan, tidak ada pertolongan dari orang lain, tidak ada penolakan, dan tidak ada penangguhan. Semua itu mengisyaratkan, bahawa kematia...
Selamat Datang